Khamis, 29 November 2012

bicara tentang jodoh...

" Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga."

Mungkin kita pernah mendengar pepatah ini.

Apa maksudnya?

Bagaimana dengan pepatah di bawah ini pula?

"Bagai pinang dibelah dua."

Sekarang mari kita amati pepatah yang ini pula.

"Jodoh tidak datang bergolek."

Begitulah, sejak dari dahulu lagi, perihal jodoh tidak pernah habis-habis diperkatakan.

Jika tidak, masakan pepatah itu begitu masyhur.

Saya suka pepatah yang ketiga kerana itulah maksud tersirat daripada buku ini; 

JODOH TIDAK DATANG BERGOLEK.


Kita berbicara hal sebab dan akibat.

Dunia ini Allah jadikan fitrahnya begitu.

Sebab kenyang kerana makan.

Sebab sembuh kerana berubat.

Sebab berduit kerana berjimat.

Sebab baranak kerana berkahwin.

Sebab berkahwin kerana berjodoh.

Sebab berjodoh kerana berusaha.

Rezeki tidak datang bergolek.

Jodoh juga tidak datang bergolek.

Sebagaimana rezeki, jodoh juga perlu diusahakan.

IN SHAA ALLAH

**************************
dipetik daripada buku Berdua Lebih Baik

2 ulasan:

AdH berkata...

La...baru perasan.. Azlina Nordin, kawanku di sek menengah rupanya. Kih3.. terjumpa blog ni masa search buku asam pedas gula melaka :) Salam ziarah ya.

ainyanunalif ;)

Lina Nordin berkata...

salam ziarah...terima kasih ye..he. da lama xjenguk blog ni..