Isnin, 26 Disember 2011

My Pinky Lappy

aduhai...hujung tahun macam ni pula My Pinky Lappy (MPL) rosak.. da la tak dapat bonus... ahaks. macam orang bekerja pula padahal tak kerja pun..huhu. dulu adapter charger rosak, sekarang ni nak tekan button power pun da tak boleh. sedih nya..MPL da berjasa selama 4tahun, harap-harap boleh lah dibaiki.. tapi nak baiki macam mana, duit pun tak ada. kena mintak dana dari keluarga ini...hee. MPL la tempat saya meluangkan masa layan movie Korea, online dan banyak gambar kenangan dalam MPL.. rasa menyesal pula sebab minggu lepas ada tergerak hati nak transfer benda-benda penting ke dalam external hardisk tapi rasa malas nak buat..huhu. orang tua-tua ada kan ada cakap, jangan buat kerja bertangguh. nasib la ada whity lappy kakteh ni ada..boleh juga online dan layan movie korea..hee

semoga MPL dapat dipulihkan dan semoga ada yang sudi memberi dana untuk membaikinya... (^_^)

MPL, i need you!!!

Rabu, 21 Disember 2011

SMK Seri Mahkota 1997-2001




Lagu Sekolah

Maju jaya lambang cita kami
Kata pendorong sakti
Menghadapi cabaran dunia
Satu tekad ke muka
Perintah agama ditaati
Hormat tertib berbudi
Berbakti untuk pertiwi
Menjadi prinsip kami
Harapan ayah dan bonda
Tidak kan dipersia
Doa dan Restunya dipinta
Teman ke medan jaya
Sujud diri pada yang Esa
Mohon limpah kurnia
Semangat waja dan berwibawa
Majulah Seri Mahkota



~~~~~~~~~~

1S2
jumpa kawan-kawan baru daripada pelbagai sekolah dan kawan dengan Dila Ali (kenal Dila sewaktu perlawanan bola jaring peringkat kawasan, Dila-GS), Ija Rahim dan Adek Wahab. Dilantik menjadi Ketua Tingkatan, Dila dilantik menjadi Penolong Ketua Tingkatan dan Ija Rahim menjadi Bendahari. Geng kami je yang memonopoli kelas..huhu. Masa ni juga dilantik menjadi Pengawas Percubaan. Guru tingkatan masa ni ialah Cikgu Rosnita. Kawan-kawan lain masa Tingkatan Satu tapi berlainan kelas ialah Ajar (sepupu) dan Murni (kenal Murni pun masa perlawanan bola jaring peringkat kawasan, Murni-GK). Koku yang menjadi pilihan ialah Kelab Teater dan Persatuan Silat sekolah (teruja dapat buat persembahan silat di Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan pelbagai acara di sekolah). Mewakili rumah sukan Kuning dalam acara 4x100m dan bola jaring, aktif sukan lagi masa ini...he.

2S1
akhirnya dapat masuk kelas pertama, Dila pun dapat masuk juga. Kami sekelas dengan Ajar dan Murni. (Lina, Dila, Ajar, Murni..best friend forever..hee). Masa ni jadi Pengawas Sekolah, sama dengan Dila dan Hajar, Murni jadi Bendahari kelas. Guru tingkatan masa ni  Cikgu Rosnita. Tukar masuk Kelab Media Massa dan masih aktif dengan Persatuan Silat (paling tak dapat lupa semasa buat persembahan silat depan pelajar dari Jepun yang datang membuat lawatan ke sekolah).. da tak mewakili rumah sukan acara balapan sebab malu da besar katakan... hanya mewakili rumah sukan bola jaring.

2S1- bersama cikgu Rosnita

3S1
Murni da jadi pengawas, ke mana-mana kami berempat..(Girls in Blue-G.I.B, sebab baju pengawas warna biru). Guru tingkatan masa ni Cikgu Zulkifli. Kelas ni cantik, selalu menang pertandingan kelas tercantik..da tak aktif Persatuan Silat sebab selalu tak pergi latihan kerana hujung minggu ada kelas tuisyen. Dak2 kelas ni agak nakal dengan pelbagai ragam..beg2 dan kapal terbang, main sorok2 cikgu dalam almari, curi2 balik kelas tambahan, gambar kilat..huhu. Paling tak dapat dilupakan, ada antara G.I.B kena dijatuhkan talak..huhu, sangat sadis. Tapi bak kata orang, kalau da jodoh tak kemana... jodoh kuat antara G.I.B ni.. da kahwin da pun.heee... Keputusan PMR agak bagus juga..alhamdulillah.

3S1 - bersama cikgu Zul


4Sc1
ada rombakan kelas ikut keputusan PMR, G.I.B da tak sekelas. Ajar masuk kelas lain, yang lagi 3 masih sekelas...tapi kami tetap ke mana-mana bersama, berempat. Aktif dengan NAZAM (sampai dapat pergi UUM) dan juga SKETSA (bertanding hingga peringkat negeri). Guru tingkatan masa ni Cikgu Khairatul Anuar. Mula2 kelas ni penuh, pastu ramai yang pindah masuk sekolah teknik la, MRSM la...kelas ini agak terpencil di hujung sekolah, tapi dekat dengan kantin..so dak2 kelas ni selalu seludup makanan sebelum waktu rehat..huhu..yang best kelas ini ada subjek Sains Pertanian (kami extra 10 subjek), ada aktiviti tanam sayur dan ternak ikan keli..pastu Cikgu Rashid yang masak sayur dan ikan keli, kami hanya makan sahaja.. tak patutkan kami sekelas ni..hee. terima kasih cikgu.

subjek Sains Pertanian - tanam sayur

pertandingan Sketsa peringkat negeri

5Sc1
kelas ni cantik juga dan selalu menang pertandingan kelas tercantik, istimewa kelas ni sebab ada pantri..huhu. boleh buat air teh kalau rasa dahaga..da nak SPM, tak boleh main2 sangat..tapi kadang2 tertuang kelas (jangan tiru aksi ni..huhu) masa subjek BI dan BM (nasib baik dapat A), sebab pergi study Math dan Add Math. Guru tingkatan masa ni Cikgu Soh. Dak kelas ini tak ramai iaitu Dila, Murni, Salmiah, Asima, Nor, Yati, Fadila, Aina, Nadia, Masela, Mazliana, Anisah, Sofia, Nawani, Noraini, Khadijah, Iskandar, Kadri, Naim, Hamdy, Jamil, Iban. Keputusan SPM agak bagus juga..alhamdulillah.

tak cukup korum...
credit to cik atie.

 design belakang baju kelas 5Sc1



p/s: 25.12.11 ni ada reunion di dewan SMKSM..dapat kembali ke sekolah bersama kawan-kawan semula. walaupun sebelum ni ada pergi sekolah tapi lain situasinya dengan anak murid.

Khamis, 15 Disember 2011

Hatiku Milikmu



Perghh... tajuk entry kali ni tak menahan.. HATIKU MILIKMU... cewahhh..hee. macam hati sudah terisi la pula... ish..tak la, masing kosong lagi hati saya ni.. belum jadi milik sesiapa pun lagi sebab hati saya sudah cedera agak parah sebelum ini dan belum jumpa doktor yang boleh merawat hati saya ini.. jadi sesiapa yang nak jadi doktor untuk hati saya ni... dipersilakan untuk merawatnya...hahaha. sengal betul la dak lina ni... siap offer lagi suruh jadi doktor untuk hati, macam terdesak sangat la pulak. tak terdesak sangat pun.. kalau ini adalah ketetapan Allah SWT, saya terima dan redha. Allah maha mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA.

Nak dijadikan cerita, malam tadi menonton la drama di TV9, ada lagu yang menarik di dengar kena pula dengan jiwa..hee. selalu juga dengar lagu tu di radio tapi tak tahu siapa penyanyinya. ingatkan penyanyi dari Indonesia. tunggu la sampai drama habis sebab selalunya ada penghargaan kepada lagu yang dimainkan dalam drama tapi tak ada pula. tak ada rezeki nak tahu lagu tu dengan lebih lanjut.

Sebelum nak tidur dengar radio, lagu tu juga yang dimainkan... eh..lagu ini lagi, memang hot lagu ini kot.. ketinggalan zaman betul la..huhu. jadi dengan semangatnya nak tahu la siapa penyanyi lagu ini tapi macam mana tajuk lagu pun tak tahu..huhu. dengan kemudahan yang ada, lirik lagu itu ditaip dalam handphone supaya nanti tak lupa bila nak minta tolong pada encik google nanti..hee.

Dengan semangat berkobar-kobar, pagi ini cari la pemilik lagu itu.. wah..da macam putera mencari pemilik kasut kaca pula..hahaha.. merapu betul la dak lina ni.. akhir nya, dapat la tahu pemilik lagu itu.. HATIKU MILIKMU dari Nera AF9.. mati-mati ingat lagu dari Indonesia...huhu.. rupanya lokal la, peserta AF lagi..memang layan la lagu ni..huhuu..

Sebenarnya entry ni tentang lagu HATIKU MILIKMU, bukan hati saya yang da bagi pada seseorang.. lagu ini agak lama jugak la tapi dalam awal tahun ini juga tapi saya agak kurang nak layan AF sekarang ini, tak macam AF2 dulu.. fanatik sungguh masa muda remaja dulu dengan AF2..hee. jadinya peserta AF9 ini saya tidak kenal sangat la.. lagu ini ada juga kawan-kawan FB kongsikan tapi tak teringin pula nak dengarnya belum terbuka hati nak dengar kata orang..huhu.

Saya pun nak la men ‘download’ lagu ni.. tapi disebabkan BB da overlimit, agak lambat la sikit nak download nye.. sudah 6 kali cubaan masih tak dapat lagi lagu ni.. huhu.. jadi ini lah lirik HATIKU MILIKMU yang saya dapat untuk karaoke senyap dalam bilik..heee.

HATIKU MILIKMU- Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Ohhh cintaku





Ahad, 4 Disember 2011

gigi dan saya...

gigi...bukan band GIGI dari Indonesia ye..
ni nak cerita tentang gigi kat dalam mulut tu... 

nak tahu tak...bilangan gigi untuk orang dewasa ialah 32 batang manakala untuk kanak-kanak pula berjumlah 20 batang...tapi gigi saya sebagai seorang dewasa da tinggal 30 batang je.. dua batang da hilang, dua-dua gigi geraham kanan dan kiri..huhu. a.k.a da rongak. yang terbaru sahaja buang hari selesa lepas sebab gigi geraham itu da patah sendiri.. sebenarnya gigi itu berlubang, sudah tak boleh tampal lagi sebab tampalan lama masa kecil dulu sudah berlubang semula. almaklumlah, masa kecil dulu suka sangat makan gula-gula dan malas nak gosok gigi sebelum tidur... itu yang masa kecil asyik kena tampal gigi saja..

penjagaan gigi ni penting sebenarnya... kalau gigi tak cantik dan da tak ada, mesti segan nak senyum kan..hee. itu la yang saya rasa sekarang ni..konon nye la..tapi senyum + tersengih jugak, nasib la gigi geraham tak nampak sangat rongaknya.. penjagaan gigi ini senang saja kalau kita sayang pada gigi kita... cara nya seperti memflos gigi sebelum memberus, berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul, dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun, berhenti merokok, kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol dan tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.

sejak da tak ada dua batang gigi ni, rasa macam nak tanam gigi palsu, tak pun cabut semua gigi ni pastu pakai gigi palsu yang boleh buka-pasang tu..senang. heee..tapi senang ke nak jaga gigi palsu ni lagipun mahal juga nak bikin gigi palsu ni..entah lah..pasni setiap enam bulan sekali nak pergi periksa gigi kat klinik la.. takut rongak lagi..huhu. yang flos dan berus gigi itu memang da lama buat, pakai berus SYSTEMA lagi..hee.. merokok memang lah tidak, minum pun air masak aje...tidur kadang cukup lapan jam,kadang tidak..

oleh itu, jaga gigi anda supaya sihat dan cantik.. boleh la nak dapat senyuman yang menawan dan gigi yang cantik macam kat gambar bawah ni..hee

gigi yang cantik tapi bukan gigi saya..huhu