Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah

Insya allah petang ini sebelum berakhirnya waktu Asar, tahun Hijrah 1432 akan melabuhkan tirainya dan dimulai dengan tahun baru Hijrah 1433 selepas waktu Maghrib. Marilah kita sama-sama membaca doa Akhir Tahun Hijrah 1432 pada penghujung waktu Asar, kemudian baca doa Awal Tahun Hijrah 1433 selepas solat Maghrib. 



~~~~~~~~~~~~~

Doa Akhir Tahun.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dan kepada keluarganya dan sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau berkuasa menyeksa kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepadaMU, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMU, maka ampunilah kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya maka kami memohon akanMU ya Tuhan yang Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurniaMU ya Tuhan yang Mulia.


~~~~~~~~~~~~~

Doa Awal Tahun.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah Penguasa sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad SAW, kepada keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah, Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihanNU dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepadaMU pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepadaMU untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMU. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan dengan kekuasaan dan kurniaanMU ya Tuhan yangPengasih lagi Maha Penyayang. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Dan cucurilah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan kepada keluarganya dan para sahabatnya, dan salam dengan kemurahan Maha Suci Engkau Tuhan yang tinggi dan mulia daripada sesuatu yang disifatkan dan kesejahteraan kepada sekalian rasul dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

~~~~~~~~~~~~~

Lagu ini akan berkumandang menjelang 1Muharam



~~~~~~~~~~~~~

Harapan cik lina tahun 1433H

  • menjadi hamba Allah yang lebih baik 
  • dipertemukan jodoh, dimurahkan rezeki (cepat dapat kerja dan diberi peluang sambung belajar), diberikan kesihatan yang baik
  • dapat membahagikan mak dan keluarga
  • ukhwah antara sahabat bertambah erat
  • semoga umat Islam kembali bersatu dan kuat
  • Malaysia bertambah aman dan makmur, tiada gangguan dari anasir jahat

AMIN...
Semoga dipermudahkan olehNYA.

Selasa, 22 November 2011

CEMAS + DEBARAN = MENANG!!!

TEAM Malaysia Hebat ..kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU, dan yang penting Team MALAYSIA ada khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola dan MALAYSIA juga ada baddrol BAHTIAR yg sentiasa BERIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ada ONG (Ong Kim Swee)!!!
~ daripada status FB kawan ~


diambil dari Google...

HARIMAU MUDA TERBAIK!!!!!

wah..sana sini rakyat Malaysia cerita tentang bola sepak.. Pasukan Malaysia, Harimau Muda berjaya merangkul ibu segala pingat emas dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia, Garuda Muda..TAHNIAH!!!

cik lina pun tengok juga di rumah kak lang di Desa Pasifik, Ampang yang menonton hanya cik lina, kak lang dan anak saudara (arisa dan adriana).. bang lang (suami kak lang) menonton di kedai.. lebih feel kata nya..

tinggal la orang perempuan je di rumah.. happening jugak la kami menontonnya bersama. kak lang, arisa dan adriana siap pakai baju kuning lagi.. cik lina tak pakai baju kuning sebab sudah pakai masa semi-final lawan dengan Myanmar..belum basuh lagi. heeee. memang kami menjerit cemas ketika beberapa aksi perlawanan  (agak kurang sopan disini kerana rumah bersebelahan dengan surau, nasib la tiada orang di surau masa itu)... tapi kami dapat dengar dahulu sorakan kuat dari kedai berhampiran jika ada aksi mendebarkan dan ketika jaringan gol dibuat.. almaklumlah, siaran astro kan lewat beberapa saat dari siaran biasa.. selepas Malaysia menang, suasana Desa Pasifik sunyi dan dengar la nyanyian kanak-kanak lelaki yang meraikan kemenangan Malaysia itu serta deruman dan bunyi hon motor-motor di Jalan Ampang Risda.. ibarat macam Malaysia memenangi Piala Dunia pula.. heee 

memang perlawanan final MAS vs INA sangat mencemaskan dan mendebarkan.. untuk redakan debaran, cik lina tengok perlawanan ini sambil baca novel.. huhu..orang kata tak dapat merasai dan menonton sepenuhnya.. tapi hakikatnya, cik lina dapat merasainya.. cik lina tak boleh berdebar sangat, takut pengsan nanti, darah tinggi.. lagipun cik lina kena rushing balik Melaka pagi Selasa untuk ke klinik ambil darah. itulah jalan terbaik untuk hilangkan debaran di hati.. heee

aksi perlawanan agak menarik bagi kedua-dua pasukan, itu yang buat cik lina ni berdebar.. rahmat bagi Malaysia kerana dapat mengekalkan pingat emas dalam acara ini.. banyak dugaan bagi pasukan HM ini sepanjang Sukan Sea ke-26 ini.. diejek, lagu Negaraku tidak dihormati, dibooo oleh penyokong fanatik Indonesia dan yang paling best, pasukan kita kena menaiki baracuda, kereta perisai polis (KAU PERNAH??...MALAYSIA AJE TAU...heee) serta arahan keluar padang kepada jurulatih, Ong Kim Swee.. 

semangat yang ditunjukkan oleh para pemain amatlah tinggi... begitu juga dengan penyokong pasukan negara yang bersatu padu menyokongnya.. namun alangkah eloknya para penyokong MALAYSIA ini terus menjaga kesopanan dengan tidak membalas semula kenyataan provokasi dari media dan penyokong pihak lawan.. bukan kerana kita mahu tunduk pada provokasi itu, tapi jika membalas semula bukankah itu akan menampakkan kita mempunyai mentaliti yang sama dengan mereka.. jaga lah adab sopan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun.

lagu ini khas untuk pasukan HARIMAU MUDA..


p/s: agak terkejut juga la bla tengok penyampai berita Buletin Utama pakai jersi Malaysia semasa baca berita.. semangat!! bila agaknya dapat beli baju tu..huhu


Selasa, 15 November 2011

Andai itu takdirnyaNYA...

Semua orang mengimpikan untuk hidup berkeluarga

kita hanya merancang, 

tapi ALLAH yang menentukan

berlapang dada lah menerima qada dan qadar


semoga dipertemukan yang dapat membimbing ke jalan firdausi...

Ahad, 13 November 2011

MENARA BERKEMBAR PETRONAS

tak tahu kenapa cik lina begitu kagum dengannya

kali pertama cik lina pergi pada tahun 1999

ikut rombongan sekolah selepas PMR

begitu teruja dapat pergi masa itu

Menara Berkembar Petronas ini siap dibina pada tahun 1998 

dibuka pada tahun 1999

dan menjadi bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998-2004

bangunan ini mempunyai 88 tingkat

~~~~~~~

cik lina suka bidik gambar menara ini

tanda KAGUM

dengan mercu tanda Malaysia ini

hingga dipilih menjadi ikon kepada kontigen Malaysia 

semasa pembukaan Sukan Sea ke-26 semalam

 gambar ini diambil dari KL Convetion Centre

diambil semasa menunggu bas 

gambar ini agak kabur sedikit 

diambil dari taman KLCC


rasa gah bila melihat Menara Berkembar Petronas ini

mungkin orang lain tak merasainya 

tapi cik lina rasa ada aura bila melihatnya..

p/s: sebenarnya ada banyak lagi gambar menara ni dalam simpanan...yang ni sahaja mampu di upload

Rabu, 9 November 2011

Jeremy...

aduhai..
sekarang ni addicted pada mamat seorang ni la 

ll
ll
ll
V


JEREMY aka LEE HONGKI (FT Island)



gara-gara tengok You're Beautiful...huhu
suara dia best bila menyanyi,
 watak Jeremy dia lakonkan menjadi<<<happening +sedih



tak percaya??


lihat yang ini
--------



lihat yang ini juga


bersama FT Island
---------

  

(^_^)

so sweet!!!


Isnin, 7 November 2011

Aku Tewas Lagi

aku yang tewas ini

oleh nafsu diri sendiri

mengapa harus tertewas lagi 

andai itu boleh ku hindari

bangkit lah dari lamunanmu

Sujudlah kepada Penciptamu

titip doa pohon restu

agar tidak kembali kelabu

kepadaMU aku berserah

semoga rahmat datang mencurah

dengan sinaran yang cerah

aku tak mahu kembali rebah




Salam Baitullah

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H

Semalam telah diadakan kenduri arwah atuk, Haji Abd. Jalil Abd. Kadir yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Zulhijjah 1428H


semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yagn beriman..

AMIN

AL-FATIHAH

~~~~~~~~~~~~

semua umat Islam pasti ingin menunaikan rukun Islam yang Kelima iaitu mengerjakan fardu haji di Mekah bagi mereka yang mampu

mak dan arwah abah cik lina telah menunaikan fardu haji pada tahun 1994

masa itu cik lina baru umur 10 tahun, sedih tak dapat ikut

begitu teruja melihat jemaah haji berada di Masjidilharam ini
Kosmo 04/11/11


cik lina harap dapat menunaikan fardu haji sebelum umur cik lina 40 tahun

dan dapat menunaikan umrah sebelum umur 35 tahun

itulah hajat cik lina...

doakan semoga cik lina dapat laksanakan hajat itu ye..


~~~~~~~~~~~~

hayatilah lagu daripada Raihan - Haji Menuju ALLAH



Khamis, 3 November 2011

Asam Pedas Daging Tetel

Pagi tadi cik lina dan mak pergi pasar beli daging tetel. Tahu tak apa daging tetel tu? Daging tetel tu ialah daging yang ada lemak campur la sekali dengan bahagian lain seperti lidah dan lain-lain. Selalunya daging tetel ni penjual da siap potong kecil-kecil.. Kami beli daging ni untuk juadah asam pedas masa kenduri pada Hari Raya Aidiladha nanti.. My peberet tau asam pedas ni.. Seyes kalau orang Melaka kebanyakannya suka asam pedas ni...


kat sini cik lina nak kongsi resipi asam pedas daging tetel ni..


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg daging tetel

1 genggam daun kesom,cuci bersih dan toskan

2 kuntum bunga kantan

1 cawan air asam jawa

1 cawan cili kisar

1 camca teh serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa

8 biji bawang merah*

3 ulas bawang putih*

1 1/2 inci halia*

1 camca besar lada hitam*

1/2 inci lengkuas*

(*dikisar halus)

Air secukupnya


CARA MEMBUATNYA :

Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.

Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.

Masukkan air asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

nyum3..sedapnye.
pic from incik google...


Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat..sebab kuah da pekat dan sebati ramuannya..

yang pasti untuk kenduri nanti, mak yang masak asam pedas ni...hee.
cik lina tolong sikit-sikit je..tak pandai masak lagi la..

(^__^)

p/s: kecur pula bila tulis entry ni..tak sabar nak tunggu makan yang real..nyum3...