Ahad, 4 Disember 2011

gigi dan saya...

gigi...bukan band GIGI dari Indonesia ye..
ni nak cerita tentang gigi kat dalam mulut tu... 

nak tahu tak...bilangan gigi untuk orang dewasa ialah 32 batang manakala untuk kanak-kanak pula berjumlah 20 batang...tapi gigi saya sebagai seorang dewasa da tinggal 30 batang je.. dua batang da hilang, dua-dua gigi geraham kanan dan kiri..huhu. a.k.a da rongak. yang terbaru sahaja buang hari selesa lepas sebab gigi geraham itu da patah sendiri.. sebenarnya gigi itu berlubang, sudah tak boleh tampal lagi sebab tampalan lama masa kecil dulu sudah berlubang semula. almaklumlah, masa kecil dulu suka sangat makan gula-gula dan malas nak gosok gigi sebelum tidur... itu yang masa kecil asyik kena tampal gigi saja..

penjagaan gigi ni penting sebenarnya... kalau gigi tak cantik dan da tak ada, mesti segan nak senyum kan..hee. itu la yang saya rasa sekarang ni..konon nye la..tapi senyum + tersengih jugak, nasib la gigi geraham tak nampak sangat rongaknya.. penjagaan gigi ini senang saja kalau kita sayang pada gigi kita... cara nya seperti memflos gigi sebelum memberus, berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul, dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun, berhenti merokok, kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol dan tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.

sejak da tak ada dua batang gigi ni, rasa macam nak tanam gigi palsu, tak pun cabut semua gigi ni pastu pakai gigi palsu yang boleh buka-pasang tu..senang. heee..tapi senang ke nak jaga gigi palsu ni lagipun mahal juga nak bikin gigi palsu ni..entah lah..pasni setiap enam bulan sekali nak pergi periksa gigi kat klinik la.. takut rongak lagi..huhu. yang flos dan berus gigi itu memang da lama buat, pakai berus SYSTEMA lagi..hee.. merokok memang lah tidak, minum pun air masak aje...tidur kadang cukup lapan jam,kadang tidak..

oleh itu, jaga gigi anda supaya sihat dan cantik.. boleh la nak dapat senyuman yang menawan dan gigi yang cantik macam kat gambar bawah ni..hee

gigi yang cantik tapi bukan gigi saya..huhu 

Tiada ulasan: