akhirnya... apa yang telah dirancang untuk bercuti telah dipermudahkan olehNYA. trip kami terdiri daripada Mak, Kak Lang serta anak2 buah iaitu Thariyah, Naeem, Arissa dan Adriana Alhamdulillah... perancangan pertama: jumpa dengan ex-roomate di PKB dulu Iem >>> roomate semasa semester 2 Baie >>> roomate semasa semester 3 hingga 6 setelah 3 tahun tidak jumpa. kali terakhir jumpa sewaktu majlis perkahwinan Baie makan2 di Seoul Garden, JB City Square terima kasih Baie dan Iem... panjang umur kita bertemu lagi. comel anak sulung Baie ni... bila lagi giliran Cik Iem n Cik Lina ni?? ^ ^ ^ Semoga Dipermudahkan perancangan kedua: trip to Singapore
bersama baby lion.. trademark Singapore Mak dan Naeem taknak bergambar dengan kami... huhu
Arissa : : Thariyah bersama mama lion tengok bangunan yang ada warna kuning tu.. MAYBANK >>> Harimau Malaya la bangga jap bangunan Maybank antara tertinggi di Singapore papa lion tak ada sebab pergi bersuka ria ke Sentosa Island (tourist guide yang beritahu pada kami tau)
Thariyah : : Arissa berlatar belakang Sky Park Marina Bay Sands
Kak Lang : Adriana berlatar belakang Singapore Esplanade aka The Big Durian
destinasi asal kami... sampai lewat jam 2pm sebab lewat: 1. pergi Changi Airport (perlu ke?? KLIA lagi cantik kot) 2. lunch di Jalan Arab (kami yang lurus ni tak pergi makan pun sebab nak kejar masa tapi ada lak orang lain yang boleh pergi shopping...huhu. sabar tahap dewa masa ni..buang masa sungguh)
ntah apa ntah makhluk ni.. peace je la..
perancangan ketiga: singgah ke Legoland dan Johor Premium Outlet (JPO)
welcome to Legoland 1st in Asia
kesesakan manusia di Legoland mengatasi USS memang sangat sesak amik gambar di luar je. tak masuk pun
barang2 yang dibeli di JPO next time nak pergi JPO lagi yeah.. kasut sukan untuk Pen.Pengurus Bola Jaring 2013... ayat tak boleh blah set Body Shop, standby untuk majlis akan datang ... Amin (^_^) ~~~~~~~~~~~~~~ gambar yang ada tarikh dan masa daripada kamera Naeem rasa nak pergi USS sebab sikit je permainan yang dapat main. in shaa allah... kalo ada rezeki lebih nak pergi JPO sebab nak shopping lagi. hee
sejak akhir2 ini, saya selalu teringat ex-bf...mengapa ya??? saya taknak ingat dia lg sebab dia telah menjadi milik orang. tapi bila tengok FB, nampak gambar2 kahwin dan komen2, dia sangat2 bahagia.. alhamdulillah... kini dia sangat berbahagia bersama isterinya.
sebenarnya, mak dan kakak saya berkenan kalau dia jadi dgn saya..tp tiada jodoh antara kami. kami pernah cuba untuk kembali tetapi Allah SWT Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hamba2 NYA. dan akhirnya dia telah menjadi suami orang dan saya masih sendiri lg, masih dalam proses untuk mengenali seseorang <<< doakan saya agar bertemu jodoh dgn seseorang ni ye...
awak..saya doakan awak berbahagia bersama si dia hingga ke syurga.
pernah tengok tak movie ni?? sweet sangat. bagi saya la sebab saya memang suka movie genre camni >>> romantic + sweet... sebenarnya masa movie ni ditayangkan, saya tak dapat tengok... almaklumlah , umah sewa saya kat Kuching tu takde astro, tak dapat nak nak tengok kt tv9.. kat Kuching, tak dapat tv9 kalo takde astro..huuhu. disebabkan kecanggihan teknologi jaman ni. dapat jugak la tengok dan sedut movie.. amekaw..3ari berturut2 tengok movie ni..addicted la plak. sampai skang kalo tengok masih boleh senyum2...hahaha..berangan la tu.
cerita dia tentang Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru. hero dan heroinnya ialah Beto Kusyairi dengan Siti Saleha.
sebenarnya movie ni dihasilkan daripada projek akhir student UiTM dalam bentuk filem pendek dan telah diolah.. tapi ok la cerita ni. patut la jalan cerita dia segar je.. dengan lakonan mantap esp Amir Haikal aka Beto Kusyairi. hee
jalan cerita yang mudah tetapi masih terdapat pengajaran tentang kehidupan dan kasih sayang daripada pada movie ini:
1) org yg malu tak tentu hala, takde keyakinan diri
2) kalau takut nak luahkan pendapat, smpai bila idea nak berkembang
3) nervous tu perasaan, perasaan boleh kawal
4) cinta tu senang, kta yg susahkan
5) jangan cuba ubah diri sendiri untuk org lain, sebab diri kta dah memang sempurna
6) kalau dia betul2 sayang kat kta, dia takkan suruh korbankan impian kta untuk dia
dalam movie ni, Beto ada nyanyi tau..best gak la lagu ni..
yang ni la ost dalam movie ni...leh layan la jgak..