Ahad, 30 Oktober 2011

seseorang...

Ia cuma mengambil masa...

satu minit untuk jatuh hati pada seseorang, 

satu jam untuk menyukai seseorang,

 satu hari untuk mencintai seseorang,

tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Semoga kalian berbahagia hendakNYA...






Sabtu, 29 Oktober 2011

SK Serkam 1991-1996


LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Serkam, sebagai permulaan.
Mendidik kami semua maju dalam pelajaran.
Tetap jadi ingatan bila kami dewasa.
Tak lupa dari ingatan, ingin membuat jasa.

Janji dari kami, akan jadi murid terpuji.
Tidak ingkar kata, usaha maju jaya.

Sekolah Kebangsaan Serkam, ibu kandungan ilmu.
Penuh tunjuk ajar, dengan pimpinan guru,
Usaha belajar selalu bersama kawan teman.
Ilmu tinggi bermutu, pengetahuan suluh budiman.

1Melur
kelas pertama di sekolah. Bertemu ramai kawan-kawan seperti Dayah Othman, Nor, Yati, Nadia, Iskandar, Fadzil, Syuffi...kawan-kawan lain janganlah berkecil hati jika nama kamu tidak disebut ya..kamu semua segar di ingatan..insya Allah...sungguh seronok waktu itu bertemu kamu semua wahai kawan..tidak lupa juga kepada guru kelas Cikgu Norhayati. Kedudukan kelas ni di bangunan belakang sekolah berhampiran dengan sebuah tandas yang menyeramkan ketika itu..tak lama kemudian, tandas itu dirobohkan.


2Melur
kelas ini berada di tingkat 2 blok berhampiran dengan tanah perkuburan. Bertemu dengan Cikgu Fiza, seorang cikgu praktikal yang telah memberi hadiah kerana pencapaian yang baik di subjek yang diajarnya masih kusimpan elok hingga saat ini. Terima kasih ya cikgu.. masa BI, cikgu Karim ajar lagu 'Baba Black Sheep'... masih ingat lagi lirik lagu tu..

 hadiah dari Cikgu Fiza



3Melur
kelas ini terletak di tingkat 3 blok sebelah tanah perkuburan. Jika ada urusan pengebumian, mesti ramai yang lihat di tingkap tepi kelas. Selalunya kawan-kawan perempuan kelas suka main getah di belakang kelas..siap angkat kain lagi tau.haha.. tapi cik lina lagi tak pandai main getah ni, cik lina suka main anak patung kertas, budak lelaki pula main getah pemadam. Kalau waktu time rehat, kami main rebut tiang sampai kotor kasut dibuatnya.. hee


4Melur
Kelas ini berada di tingkat 2 blok sebelah tanah perkuburan.. Masa ini ada buat persembahan untuk perhimpunan lagu "Cook Noodles" dan Lagu Keretapi.. lepas itu mula mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah dengan pasukan koir atas bimbingan Cikgu Hakim dan Cikgu Pang Lin Lin. Kejayaan yang ditempa di peringkat kawasan telah melayakkan ke pertandingan peringkat daerah.. sungguh seronok dengan kejayaan itu. Lagu tema koir kami "Sungai".. ini lirik dia..


Air mu mengalir dari gunung jauh disana..
Jernih dan sejuknya sungguh indah dipandang mata..
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba..
 Tak berhenti-henti hingga samapi di laut nanti..

Masa jua kan berlalu  tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba
Tak berhenti henti hingga sampai dilaut nanti..

Koir SK Serkam 1994
credit to Fadzil


5Melur
kelas ini terletak di tingkat 3 blok sebelah tanah perkuburan. Mula berjinak dengan sukan bola jaring dan masih aktif dengan pasukan koir. Masa ini guru koir sudah bertukar iaitu arwah Cikgu Murni (Al-fatihah), arwah cikgu yang baik. Waktu ini sekolah menjadi tumpuan media kerana insiden yang tidak dapat disangkakan yang berlaku di dalam kelas. Simpati terhadap Cikgu Siah. Ingat lagi masa ada guru praktikum masuk relief kelas, berani keluar ke hadapan kelas untuk menyanyi lagu "Kembali Terjalin".. Malu aje, suara bukan sedap pun tapi sukahati je nak keluar menyanyi..hee. Masa KH, suka sangat sebab Cikgu Latif ajar buat akuarium pakai botol air plastik, boleh hias dan letak ikan laga dalam akuarium itu..

 Persembahan koir pada majlis penyampaian hadiah 1995


6Melati
kelas ini terletak di tingkat 3 blok sebelah tanah perkuburan. kelas yang diwujudkan daripada gabungan pelajar potensi antara kelas Melur dan Mawar. Aktiviti sukan bola jaring masih diteruskan dan ditambah pula dengan sukan bola baling (kedua-dua sukan ini berjaya ke peringkat negeri) malah mula berjinak dengan acara balapan pula (4x100m). Peristiwa ‘Tin Kosong’ masih diingatan..maaf ya kawan-kawan, nakal sungguh waktu itu. Namun begitu, penghujung sekolah rendah amat mendukacitakan kerana keputusan UPSR yang tidak begitu cemerlang..  


Kursus Motivasi UPSR
credit to Fadzil


Baru-baru ini jumpa Cikgu Jefri, guru kelas 6Melati..dia masih kenal lagi anak murid yang nakal ini lagi ya.. Malu nye sebab cikgu yang tegur cik lina dulu..heee. Cik lina segan masa itu tapi cik lina senyum  dan kemudian berbual sebentar..

Jumaat, 28 Oktober 2011

amuk di KK

Semalam cik lina pergi Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan urine test bersama mak tercinta. Selepas selesai urusan, cik lina temankan pula mak yang tengah menunggu rawatan sambil baca novel.

Tiba-tiba dengar suara hingar-bingar dekat kawasan farmasi dan muncul seorang lelaki dalam usia pertengahan sedang marah dan bertikam lidah dengan seseorang.

Agak tergempar juga, sampai semua doktor keluar dari bilik masing-masing. Lelaki yang mengamuk itu telah merosakkan papan untuk meletak risalah di tepi dinding pameran kesihatan. Pesakit yang duduk di bahagian belakang kawasan menunggu lari menyelamatkan diri.

Agak mendukacitakan kerana tiada sesiapa pun yang berani untuk menenangkan lelaki tersebut...mungkin takut mengambil risiko dicederakan. Tiada pengawal keselamatan yang ditempat di KK, seharusnya perlu ada  pengawal keselamatan di situ untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan dijangka akan berlaku.

Lelaki itu pun keluar dari KK sambil menaiki motor (dari bunyi deruman kuat di luar KK). Urusan di KK agak tergendala dalam tempoh 10 minit. Selepas itu, giliran mak pun masuk ke bilik rawatan. Sebab berlakunya peristiwa amuk itu tidak dikenalpasti.






Sekian, 
Cik Lina melaporkan untuk blognya...
(^____^)

Sabtu, 22 Oktober 2011

♥ALLAH Maha Mengetahui♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

♥ memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



~ALLAH Maha Mengetahui~

Jumaat, 21 Oktober 2011

dari KK ke GH

21.10.2011

cantik kan tarikh ni...hee
tarikh keramat sebab berpeluang naik ambulans

ambulans???<<<biar betul...

betul la..tak sangka sungguh..huhu
hampir admitted ward..
sebab hypertension..
duduk di rumah pun hypertension ke..<<<apa la..
setelah beberapa diambil bacaan tekanan darah (Bp), baru ok
tak jadi masuk wad...ALHAMDULILLAH

cerita nya macam ini..
hari jumaat lepas, pergi klinik sebab ada masalah kesihatan
prosedur biasa di klinik kena periksa Bp dulu..
bila periksa, bacaan Bp naik,
sebab naik maka selang sehari kena periksa Bp lagi
selama seminggu buar pemeriksaan, bacaan Bp tak turun..makin naik pula

maka bila jumpa doktor pagi tadi,
dia suruh buat pemeriksaan jantung dan makan ubat untuk periksa Bp lagi
jantung ok tapi bacaan Bp tak turun

jadi kenalah dirujuk ke Hospital Melaka (GH)
ingat kena pergi sendiri
rupanya kena naik ambulans
memang tak percaya lah..huhu
dalam ambulans MA dan driver asyik mengusik aje..
buat lagi gemuruh..


muka malas nak layan MA dan driver ambulans..
disuruh baring tapi baik duduk sahaja..
segan...


 antara peralatan dalam ambulans...
laju juga ambulans ni...melambung2


 tangan kena cucuk sebelum naik ambulans...
untuk persediaan kalau ada terjadi sesuatu, senang terus masuk ubat


sampai GH terus ke Jbtn. Kecemasan..
siap naik wheelcha tau,<<<segan.. 
MA yang tolong tolakkan dan daftarkan
padahal boleh jalan sendiri..

jumpa doktor di GH pula,
periksa Bp, masih lagi tingi bacaannya..jantung ok
lepas makan ubat Bp sudah turun..
tak jadi dimasukkan ke wad..

hari Isnin kena pergi KK Merlimau semula untuk diambil darah 
ujian untuk penyakit Tiroid..
kerana mungkin bacaan Bp tinggi ada kaitan dengan tiroid
lagipun ahli keluarga memang ada HBp..

Semoga Semuanya BAIK..

setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..




HARI INI DALAM SEJARAH
21.10.2011
DARI KLINIK KESIHATAN KE GENERAL HOSPITAL
dari KK ke GH

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih By Habiburrahman El Shirazy





Novel n filem KCB ni mmg menarik sgt...
novel KCB mmg hebat bila diterjemahkn menjadi filem mmg tidak mengecewakan hasilnya.
kedua2 karya ini mengusik jiwa...
kalo ada sape2 yg blum baca n tgk KCB, g la baca @ tgk ye..

ntah bla la filem Malaysia nk wat cmni ye...
sgt mengharap utk menontonnya..
kalo novel mmg ada yg Islami tp blum ada yg btul2 mantap..




hayatilah bait2 puisi ini...


=====================

by Ayatul Husna

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu...
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta...


=====================

by Anna Althafunnisa

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang...
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta...
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan...





Ahad, 16 Oktober 2011

You're Beautiful!!!

You're Beautiful...


ehem...jgn prasan ye..
ni ttg drama korea You're Beautiful 
atau nama lainnye
Minami Shineyo / He's Beautiful / You're Handsome
sinopsis drama ni tgk kt link ni You're Beautiful









drama ni kuar tahun ujung thun 2009
da lama da
tapi ada cik lina kisah???
huhu...da ni cite peberet

sbb cite jd peberet:

> pelakon yg cute2 <<< da cite kt post DRAMA KOREA

> ada adegan kelakar, romantik, serius, sedih sob2..

>  lagu dlm cite ni best2


1) PROMISE

2) STILL

3) LOVELY DAY

4) COMING DOWN FROM HEAVEN

5) WITHOUT WORD 
lagu yg bikin touching 
ll
ll
V

~~WITHOUT WORD~~

1st time dgr trus fell...
lirik tacing gitu


I shouldn't have done that
I should've ignored it
Like something I could not see
Like something I cannot see
I shouldn't have ever looked at you

I should've ran away
I should've acted like I didn't hear
Like something I could not hear
Like something I cannot hear 
I shouldn't have listened to my heart at all

Without a word
You showed me what love is
Without a word
You gave me your love
You even made me hold my breath
Waiting for you
But you ran away like this

Without a word, you left me
Without a word, you threw me away
What should I say
My closed lips were surprised
Coming without words

Why does it hurt so much
Why does it keep on hurting me
Even though you're not here anymore
Though everything is the same

Without a word
You showed me love
Without a word
You gave me your love
You made me hold my breath
Waiting for you
But you run away like this

Without a word, you left me
Without a word you threw me away
What should I say
My closed lips were surprised
Without a word my tears fell
Without a word my heart breaks

Without a word, I will wait for your love
Without a word, I'm hurt because of love
I'm lost in confusion
I became a fool
I cried as I look up at the sky

Without a word, goodbyes found me
Without a word, goodbyes came to me
I think my heart was surprised
I couldn't even prepare to send you away
Without a word it came

Without a word it came
Without a word it left
Like a fever before
I'll only hurt you for a while
And will only left you scars in the end

==============

drama ni mmg awesome la...
asyik ulang2 je tgk...


YOU'RE BEAUTIFUL!!!

Jumaat, 14 Oktober 2011

Terapi oh Terapi


Sepanjang cik lina dok nganggur ni, aktiviti yang wajib dilakukan dari ari Isnin – Jumaat ialah pergi buat terapi. Siapa yang pernah dengar tentang Alpha One? ada tak?? Alpha One ni adalah merupakan syarikat yang menyediakan rawatan terapi menggunakan menggunakan mesin BIOS 9000. Pusat rawatan Alpha One ini beroperasi di seluruh cawangan di Malaysia. Untuk negeri Melaka, terdapat 2 pusat yang dibuka iaitu di  KOMPLEKS PERNIAGAAN AL-AZIM, sebelah Masjid Al-Azim dan satu lagi di TMN. DEBUNGA, MERLIMAU<<< kat sini la cik lina g..hee. kat seluruh Malaysia ada tau..so check it out pusat terapi yag berdekatan dengan anda..<<<macam promo la pulak..tapi benar baik ni perlu dikongsi bersama.. SHARING KAN CARING..

Alpha One ini menyediakan RAWATAN PERCUMA kepada yang mendaftar. Nak mendaftar tak guna duit pun, bagi Mykad kat staff yg ada kt kaunter, pastu dapat kad da boleh masuk dalam bilik rawatan. Setiap sesi akan berlangsung selama 20 minit. Bagi setiap sesi, seramai 30 orang akan ditempatkan di dalam bilik rawatan. Pusat ni bukak ari Isnin – Jumaat jam 10 pg hingga 7 ptg.

Masuk dalam bilik rawatan, hanya duduk sahaja. Pilih je mana-mana kerusi yang berkenan pastu duduk la diatas alas pelapik yang disambungkan dengan BIOS 9000. Akan ada rasa getaran di kaki. Bagi yang baru mendaftar, dia akan di uji oleh staff Alpha One dgn menyentuh jari dan nanti akan terasa kejutan elektrik...masa ni la boleh lihat pelbagai reaksi ada yg melatah, terperanjat...tapi jangan risau, kejutan tu tak bahaya. Mesin ini menggunakan 60 gegaran per saat dan 9000v. Setiap 6 org akan berkongsi mesin BIOS 9000.

Melalui terapi ini, ia akan membantu kita dengan:
1) Membersihkan Saluran Darah 
2) Meningkatkan Daya Ketahanan Badan 
3) Menyelaraskan Sistem Saraf Tak Terkawal 

Orang yang tidak dibenarkan menggunakan mesin terapi ini ialah:
1) Wanita hamil 
2) Menghidapi kanser yang telah disahkan oleh doktor 
3) Menggunakan bateri di dalam badan

Semua penyakit mempunyai hubungkait dgn darah..jika darah kita kotor, penyakit akan mudah menyerang..darah kita kotor adalah disebabkan oleh 4 faktor iaitu MAKANAN, PERSEKITARAN (UDARA), KURANG BERSENAM dan TEKANAN HIDUP...kaedah rawatan Terapi Medan Elektrik ini adalah selamat untuk pelbagai peringkat umur. Pelbagai penerangan oleh staff Alpha One mengenai cara-cara untuk menjaga kesihatan semasa menjalani terapi.

Ok..nk lagi info, try kt link ni

Bagi yang baru daftar akan ada tindakbalas seperti letih, muntah, tempat tak sakit jadi sakit, tempat sakit bertambah sakit dan bacaan penyakit tinggi..tu semua tindakbalas sementara je..cik lina pun masa hari pertama da muntah dan letih...buat masa sekarang ni, cik lina tak ada penyakit lagi jadi tak dapat la nak tengok bacaan penyakit..dari reaksi orang lain, semua menunjukkan perubahan yang pasti kena SABAR dan RAJIN DATANG untuk jalani terapi medan elektrik ni..


Risalah Alpha One Center Merlimau 



Mesin Bios 9000

cik lina hanya nak kongsi je benda yang baik ni..terapi percuma..kalau nak beli mesin ni memang la tak mampu..mahal. g aje yg percuma ni..20 minit satu sesi kalau nak ikutkan memang la mustahil nak sembuh penyakit yang lama ada kat dalam badan kita ni..tapi tak salah kalau kita mencuba. DOA+USAHA+TAWAKAL...  

Rabu, 12 Oktober 2011

Cinta & Perkahwinan



Plato bertanyakan makna CINTA kepada gurunya, Socrates dan gurunya pun menjawab:


“ Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.”


Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:


“ Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”


Guru itu pun berkata:


“ Itulah cinta...”


Lalu Plato pun bertanya apakah makna PERKAHWINAN.


Guru pun menjawab:


“ Sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”


Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:


“ Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”


Lalu sang guru berkata:


“Itulah makna perkahwinan.”


~~Petikan dari novel RANTING CINTA SI PLATO...Norhayati Berahim~~




Jumaat, 7 Oktober 2011

DRAMA KOREA

Salam semua..erm.. msti rmai yg suka drama korea kan2.. btul x? kalo btul sila angkat tangan mcm ucop wilcha..hee..cik lina pun suka jgk kn cik lina da agkt tgn mcm ucop wilcha td...cik lina tgk drama korea tp tgk drama jgak.. bkn smua drama yg cik lina tgk.. tp kn jln drama korea kn leh kurang sama je kalo yg cik lina tgk la..cnth la kn, yg heroin msti mula2 mcm cute2 nakal skit yg hero plak msti org kaya.. byk la drama mcm ni spt BOYS OVER FLOWERS, MY GIRL, ONLY YOU, SASSY GIRL, WONDERFUL LIFE, WHAT STAR DID YOU FROM ..drama2 ni yg cik lina da tgk la..pas2 mst family heroin ni ada problem dgn msalah utang @ miskin.. yg drama yg lain lak yg heroin kna kwin dgn hero sbb ada perjanjian antara keluarga cnth PRINCESS HOUR & SWEET 18..2 dr pndpt cik lina la..tp suka je tgk drama korea ni. hee..





kalo dlu msa mula drama korea kt M’sia ttg kecelaruan hubungan adik-beradik n agk sedih2 cnth drama WINTER SONATA (WS) & AUTUMN IN MY HEART.. drama autumn 2 cik lina xtgk.. tp WS 2 mmg cik lina tgk siap bli dvd lg..hee. mmg peberet la tp cik lina tgk drama 2 kt tv pun msa tayangan utk kali ke-2 n pas lagu SONATA MUSIM SALJU glamour..hee. agk ketinggalan skit la msa 2..tp drama ni jd peberet cik lina n bf msa zaman cintan-cintun dlu ar.. smpi bli kaset ost WS..bkn fham pun..tp alunan piano n violin 2 mmg sguh asyik sgt.layann... zass!!


Antara drama korea yg peberet cik lina kn ialah WS & YOU’RE BEAUTIFUL (YB)..sbb lagu dlm drama ni best.. YB lak pelakon2 dia best n jln cite dia lain skit la... smpi msa wt soalan latihan utk ank2 murid, cik lina msukkn nama2 watak YB (GO MINAM, JEREMY, SHIN WOO, TAEKYUNG) ada gak ank murid yg prasan. cik lina tgk cite ni da 5X tau..xboring pun tgk JEREMY..hee. drama2 lain yg lain dr lain spt FULL HOUSE, WITCH YOO HEE, CINDERELLA SISTER & GREAT INHERITANCE..





Yg cik lina cite ni ttg drama2 ni smua yg ada dlm simpanan cik lina, dok umah ni kje nye ngadap drama je la.. cik lina xsuka nk tgk on9, sbb nk tgu loading 2 lambat..so kalo sape2 yg ada drama korea ni, gtau cik lina ye..cik lina nk sedut..kalo zaman blaja dlu snang je nk sedut2 ni..da dok umah pyh la skit..huhu..share la dgn cik lina ye..sharing kan caring.. (^_^)

K la, cik lina nk share skit MV YB ni..lagu STILL by JEREMY (A.N. JELL) aka LEE HONG KI (FT ISLAND) 


 p/s: kalo ada drama2 korea gtau ek..nk sedut.hee

Khamis, 6 Oktober 2011

KU ADA KAMU



Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Selasa, 4 Oktober 2011

aktifkan dirimu...


salam..

rupa2nye..da sebulan ciklina xtulis kt blog ni ye..sbnarnye ada tulis utk rye ari2 tp line lak slow sgt..almaklumlah..time rye rmai  org blk kg..bla da asyik pending je..so ilang da smangat n trus terlupa la nk post..huhu. 

skang ni da ada smangat smula nk merapu..igt nk solek2 skit la blog ni...biar berwajah baru..cewahh..tp xpndai guna photoshop..cmne ni..guna photoscape je la..hee. kna amik msa la skit nk bertukar..huhu..