Khamis, 3 November 2011

Asam Pedas Daging Tetel

Pagi tadi cik lina dan mak pergi pasar beli daging tetel. Tahu tak apa daging tetel tu? Daging tetel tu ialah daging yang ada lemak campur la sekali dengan bahagian lain seperti lidah dan lain-lain. Selalunya daging tetel ni penjual da siap potong kecil-kecil.. Kami beli daging ni untuk juadah asam pedas masa kenduri pada Hari Raya Aidiladha nanti.. My peberet tau asam pedas ni.. Seyes kalau orang Melaka kebanyakannya suka asam pedas ni...


kat sini cik lina nak kongsi resipi asam pedas daging tetel ni..


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg daging tetel

1 genggam daun kesom,cuci bersih dan toskan

2 kuntum bunga kantan

1 cawan air asam jawa

1 cawan cili kisar

1 camca teh serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa

8 biji bawang merah*

3 ulas bawang putih*

1 1/2 inci halia*

1 camca besar lada hitam*

1/2 inci lengkuas*

(*dikisar halus)

Air secukupnya


CARA MEMBUATNYA :

Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.

Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.

Masukkan air asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

nyum3..sedapnye.
pic from incik google...


Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat..sebab kuah da pekat dan sebati ramuannya..

yang pasti untuk kenduri nanti, mak yang masak asam pedas ni...hee.
cik lina tolong sikit-sikit je..tak pandai masak lagi la..

(^__^)

p/s: kecur pula bila tulis entry ni..tak sabar nak tunggu makan yang real..nyum3...

1 ulasan:

Eh! Pop Media berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.