Ahad, 18 November 2012

aku dia dan ....

Aku Dia dan... 

Tong Sampah.

pernah tengok tak movie ni?? sweet sangat. bagi saya la sebab saya memang suka movie genre camni >>> romantic + sweet... sebenarnya masa movie ni ditayangkan, saya tak dapat tengok... almaklumlah , umah sewa saya kat Kuching tu takde astro, tak dapat nak nak tengok kt tv9.. kat Kuching, tak dapat tv9 kalo takde astro..huuhu. disebabkan kecanggihan teknologi jaman ni. dapat jugak la tengok dan sedut movie.. amekaw..3ari berturut2 tengok movie ni..addicted la plak. sampai skang kalo tengok masih boleh senyum2...hahaha..berangan la tu.

cerita dia tentang Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru. hero dan heroinnya ialah Beto Kusyairi dengan Siti Saleha.

sebenarnya movie ni dihasilkan daripada projek akhir student UiTM dalam bentuk filem pendek dan telah diolah.. tapi ok la cerita ni. patut la jalan cerita dia segar je.. dengan lakonan mantap esp Amir Haikal aka Beto Kusyairi. hee


jalan cerita yang mudah tetapi masih terdapat pengajaran tentang kehidupan dan kasih sayang daripada pada movie ini:


1) org yg malu tak tentu hala, takde keyakinan diri

2) kalau takut nak luahkan pendapat, smpai bila idea nak berkembang

3) nervous tu perasaan, perasaan boleh kawal

4) cinta tu senang, kta yg susahkan

5) jangan cuba ubah diri sendiri untuk org lain, sebab diri kta dah memang sempurna

6) kalau dia betul2 sayang kat kta, dia takkan suruh korbankan impian kta untuk dia


dalam movie ni, Beto ada nyanyi tau..best gak la lagu ni..



yang ni la ost dalam movie ni...leh layan la jgak..



Tiada ulasan: