Jumaat, 7 September 2012

bahagia tanpa dia...

Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


^ Judika : Aku Yang Tersakiti ^


*from incik google

Isnin, 30 Julai 2012

sepi itu indah...

betul ke sepi itu indah? kadang2 rasa indah kadang2 rasa tak. tapi saya rasa sekarang ni sepi itu tidak berapa nak indah la..huhu. memang jiwa kacau la saya sekarang ni.. saya sedang sakit... sakit umah @ homesick. asyik teringat kat mak, keluarga dan rumah.. oh no..itulah ragam anak dagang di rantau orang. makin terasa bila bulan puasa ni. teringat berbuka n bersahur dengan keluarga, makan masakan mak yang sememangnya Best in da world.. tu sebablah bila dok umah dengan mak, berat badan payah nak turun..huhu. mak masak sedap...terutama sambal ikan bilis.pergh..terliur eh. wuaa..makin terasa nak balik kampung. da la saya ni jenis utamakan keluarga, anak bongsu katakan.. mesti nak ada bila family gathering.

saya sepi kerana tiada teman orang kata..insan istimewa..yeke? entah lah..kalo bab2 ni saya hanya pasrah dan redha dengan ketetapan Allah SWT.. saya hanya mampu doa, berdoa dan terus doa agar bertemu dengan insan istimewa. pada saya sekarang ni, insan istimewa dalam hati saya adalah mak saya. saya rasa nak dekat dengan mak.. memang saya rindu sangat pada mak..rindu sangat2. harap mak sihat kehendakNya.. mungkin mak pun sepi bila saya jauh dengan dia..saya selalu telefon mak 2,3 kali seminggu. mak jarang telefon anak2 nya pun selalu juga telefon saya. nasib ada Si Coneng yang boleh hiburkan hati mak.. bila telefon mak, mesti mak akan cerita tentang Coneng kucing yang kami pelihara hujung tahun lepas.. ada sahaja telatah yang mencuit hati Coneng.

kalo saya rasa sepi, saya rasa nak pergi meronda2 dengan Whity.. tapi saya masih tidak berani nak meronda2 di kawasan Kuching.. nak harapkan osmet temankan, mereka sedang berbadan dua..perlu banyak berehat..saya tidak sampai hati nak menyusahkan mereka untuk melayan karenah saya ni.jadi saya perlu bermuhasabah diri selalu.. perlu sibukkan diri untuk elakkan perasaan sepi itu.. saya akan jadikan sepi itu suatu perasaan yang indah..


Kadang-kadang
Sukar kita akui
Sebenarnya kita bersendirian

Kadang-kadang
Tanpa kita sedari
Rupanya kita berteman
Sedangkan kita berasa sendirian

~ Sepi Itu Indah ~

Sabtu, 28 Julai 2012

katakan TIDAK kepada Handphone...

saya secara peribadi membantah cadangan supaya membenarkan pelajar sekolah membawa handphone dan sewaktu dengannya ke sekolah. orang atasan ni tak tetap pendirian la, sekejap benarkan bawa, sekejap tidak benarkan. jangan kerana nak memancing undian, hal2 lain diketepikan.

kalau masa tidak bawa handphone, pelajar tidak dapat beri tumpuan apatah lagi jika dibenarkan bawa. handphone yang asyik berbunyi dan pelajar akan selalu layari internet sahaja. banyak keburukan dari kebaikan membawa handphone ke sekolah.

baru2 ni, pelajar dalam kelas saya membawa handphone. saya telah merampas handphone nya dan menyuruh dia menuntut semula sebelum tamat waktu persekolahan. saya telah beri amaran kepadanya supaya tidak membawa lagi. walaupun sebenarnya saya agak takut untuk merampas handphone pelajar tersebut kerana pelajar tersebut digelar LEGEND oleh rakan2 sekelasnya. betullah kata bijak pandai, kata2 yang lembut dapat melembutkan hati seseorang.

namun, pada keesokkan harinya, pelajar yang lain dalam kelas 2 juga turut membawa handphone, setelah saya mengugut mereka untuk serahkan handphone mereka kepada saya atau menyuruh guru disiplin membuat pemeriksaan ke atas mereka, baru lah mereka menyerahkan handphone kepada saya.. sebanyak 6 buah handphone daripada 5 orang pelajar saya telah menyerahkannya. handphone mereka lagi canggih daripada saya..aduhai, kasihannya saya.<<< janji saya beli handphone guna duit saya sendiri, bukan duit parents..huhu

jadinya kalau tidak benarkan bawa handphone pun mereka telah berani membawanya, apatah lagi jika benarkan. makin banyak la kes2 yang tidak diingini akan berlaku seperti kecurian, memuat turun porno, tidak memberi tumpuan dalam pelajaran.

saya telah bertanyakan kepada pelajar tentang penggunaan telefon awam yang ada di sekolah dan mereka menyatakan bahawa kos penggunaannya mahal..60 sen untuk tempoh masa yang singkat. oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab ke atas telefon awam hendaklah mengurangkan caj penggunaannya kepada pelajar sekolah. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan <<< hayatilah bukan sekadar retorik jak.