Ahad, 8 Julai 2012

The Class Clown

pagi ni semangat berkobar-kobar nak buat RPH sebelum keluar hangout nak tengok wayang Spiderman dengan osmet2 tersayang. harus bersemangat sebab RPH minggu lepas tak dihantar untuk disemak.. huhu.. kantoi. so minggu ni kena lah berlipat ganda untuk ambil hati PK1 dengan membuat RPH sampai minggu depan. apa itu RPH?? RPH ialah rancangan pengajaran harian kira macam rancangan seorang cikgu tu untuk mengajar dalam kelas nanti dan akan disemak oleh pihak pentadbiran sekolah.

sambil2 nak cari idea nak tulis RPH, tangan ni gatal tengok youtube. awal2 bulan ni bb ok lagi belum capai limit. pas2 tgk la video ni "The Class Clown".

video ni bagus..kalau saya dapat buat macam ni memang superb la.. tapi dengan tuntutan yang banyak agak terbatas la nak buat camni.. insya allah saya tingkatkan usaha untuk mengajar seperti ni.


p/s: subjek Sejarah harus WAJIB lulus dalam SPM bermula 2013.. soalan dan jawapan harus guna bahasa Melayu ye.. P&P pun harus guna BM..bahasa jiwa bangsa. ok bah..

Khamis, 5 Julai 2012

got a baby....

alhamdulillah..selamat sudah saya melahirkan baby yang diberi nama WHITY..hee. selepas ni berhempas-pulas la nak menjaga WHITY ni.. nak beri makan, nak mandi, nak beli pakaian..semoga WHITY tak buat perangai selalu..almaklumlah, saya kan masih keseorangan di bumi kenyalang ni..huhu.. aduyai..merapu sungguh la saya ini..

sebenarnya, WHITY tu kereta bank yang akan saya bayar selama 9tahun sebelum sah menjadi milik saya.tak sabar nak tunggu esok, sebab kereta akan keluar esok petang..alolo..tapi kan, ada masalah besar esok masa nak keluar kereta esok..osmet, Fiza sekolah sesi petang..nak harapkan siapa la untuk memandu bawa WHITY balik rumah.. saya masih tak berani nak memandu.. lebih 6tahun dapat lesen memandu tapi baru 4kali memandu kereta..kalau motor 2, memang saya jaguh..haha

harapan semoga kehadiran WHITY QAA ***C ini akan membawa sinar kebahagiaan, memudahkan segala urusan saya di bumi kenyalang ni, di samping itu tidak membawa masalah kepada saya. almaklumlah, saya mempunyai hutang dengan pihak bank.

Semoga ALLAH SWT memudahkan segala urusan saya di sini

ada kereta ku bawa kau jalan-jalan... 
rumahku tiada ada pun sewa punya



Ahad, 1 Julai 2012

penghujung cintaku

malam tadi tengok tv alhijrah slot Soal Wanita.. tajuk 'Lohmahfuz' mengenai jodoh..tetamu jemputan Irma Hasmie dan suaminya..wahh..sweet tau kisah mereka berdua. suka la dengar kisah mereka..bertemu ketika membuat umrah pada bulan 2 dan bernikah setelah 4 bulan perkenalan.. tula yang dikatakan jodoh pertemuan dan perpisahan telah ditetapkan oleh ALLAH SWT di Lohmahfuz.. Irma dan suaminya sama cantik sama padan.. masa ditemubual, saya pula yang senyum2..hahaha. perasan betul la..syok dengar kisah mereka tu.. lagu tema untuk topik memang sesuai la "Penghujung Cintaku" ..layan habis.

kesimpulan yang saya pelajari daripada tajuk Lohmahfuz tu, jangan berprasangka buruk terhadap ALLAH SWT.. kerana ALLAH Maha Mengetahui setiap perkara yang terbaik untuk hambaNYA. mungkin jodoh saya lambat kerana ALLAH ingin menguji selama mana saya boleh bersabar dan menimba ilmu sebelum bergelar isteri dan ibu kelak..


**********************************
...dan soal jodoh itu, saya akan terus berdoa dan redha jika Allah tidak menemukan dengan orang yang  saya cintai, tapi  bermohon dengan sangat agat dipertemukan jodoh dengan orang yang mencintaiNYa....
AMIN

SAYA MASIH MENANTI PENGHUJUNG CINTA SAYA