Khamis, 12 Januari 2012

Alhamdulillah...


syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNYA. dengan semangat dan perasaan ingin tahu yang tinggi untuk senarai nama program guru interim, saya telefon JPN pagi-pagi lagi.. alhamdulillah. tersenarai juga nama AZLINA NORDIN. (^_^) . esok kena telefon JPN sekali lagi untuk pengambilan surat tawaran dan penempatan sekolah. semoga dipermudahkan segala urusan nanti.. rindu panggilan CIKGU daripada anak-anak murid. semoga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka semua nanti. tak kisah lah dapat mengajar mane pun asalkan semuanya berjalan dengan lancar.

dari cerita dari kawan-kawan Johor, ramai yang dapat mengajar sesi petang. untuk Melaka rasanya semua sekolah sesi pagi. setakat ni nama untuk negeri Sabah, Kelantan, Terengganu belum ada berita lagi.. Insya allah, semua ada rezeki nanti.walaupun mengajar secara kontrak, harap-harap dapat la diserap terus mengajar nanti tak pun percepatkanlah proses temuduga dan penempatan kekal. 



SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHI.

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN.

USAHA+DOA+TAWAKAL.

Tiada ulasan: