Sabtu, 10 Mac 2012

Teruja!!!

perasaan teruja sangat menghantui diri masa kini..sebab2 wujud perasaan teruja sekarang ini kerana:


  • nak holiday ke Kelantan
nak cuti-cuti Malaysia ke Kelantan..da lama tak pergi negeri Cik Siti Wan Kembang, ada la dalam 6 tahun... memang teruja la nak pergi Kelantan ni..almaklumlah, tempat menimba ilmu dulu dan juga tempat gila2 remaja..hihi. teringat la pula Kisah Hati dulu. kalau tidak, Kelantan-Melaka ni tempat ulang-alik je.. tapi apakan daya Tiada Jodoh Antara Kita. iskh2.. kalau boleh nak pergi semula Kok Lanas tengok Politeknik Kota Bharu.. dengar kata sudah banyak perubahan yang berlaku. nak pergi tengok rumah sewa yang boleh muatkan 21 orang Gadis Semasa - hampir berlaku kebakaran di rumah ni tau... almaklumlah ada 21 kepala kat dalam rumah ini..ramai betul kan. macam mana la kami dulu boleh duduk bersama.. Kenangan Terindah betullah masa zaman Poly...

  • 1st time nak naik flight
hee..memang teruja betul nak naik flight ni. sungguh tak pernah naik sebelum ini.. pernah naik yang kena bayar 50 senX2 tu je..huhu. alhamdulillah... dapat juga merasa naik flight. terima kasih En. Azman dan Pn. Nahlah aka Banglong & Kaklong kerana menaja percutian kali ini. excited mengalahkan my niece & nephews..hihi. biar la orang nak kata jakun dapat naik flight.. bukan jakun tapi TERUJA!!!


%%%%%%%%

tapi peratus keterujaan menurun sikit sebab gaji belum masuk lagi..huhu. barang2 pun belum packing lagi..aduhai.. nasib la badan.



Tiada ulasan: