Rabu, 28 Mac 2012

baucar buku

untunglah kan pelajar2 IPT dan Pra-U sekarang ni dapat baucar buku... seronok je tengok mereka berbelanja di kedai2 buku yang terpilih... baru2 ni saya pergi ke kedai buku di Jusco Melaka, ramai sangat yang ingin menukar baucar buku, berbakul alat2 tulis. alat tulis? alahai..guna baucar nak beli pen sampai berbatang2.. nak berniaga ke dik oi...huhu. tak pe lah, tu bahagian adik..gunakan la sebaik-baiknya.

saya pun tidak mengalah bila tengok mereka membeli-belah buku.. dengan semangat yang berkobar2 saya telah membeli buku2 bernilai lebih seratus ringgit. macam saya ni dapat baucar buku pula..hee.

insya allah saya akan menghabiskan masa dengan menelaah buku2 (buku motivasi-4, buku pendidikan-2, buku rujukan pengajaran-2, buku aktiviti-6) yang telah saya beli itu walaupun masih ada lagi buku2 yang telah lama saya beli masih belum habis di telaah lagi.. (^____^)



%%%%%%%%%%%%

  • buku cari kata adalah hadiah untuk anak2 murid  dan anak sedara
  • baru perasan banyak terbeli buku motivasi cinta..malu2

%%%%%%%%%%%%

Tiada ulasan: