Ahad, 31 Mac 2013

Jika Aku RINDU...

✿ Rindu? 


PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH:

Ya Allah, aku rindukannya keranaMu Ya Allah,
jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan
aku lupa kepadaMu. 

Aku semakin mengerti,   
JARAK ini bukan untuk menghukumku, 
tetapi JARAK ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji 
 untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji
 untuk MEMPERBAIKI cinta kepadaMU..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji 
 untuk MENCINTAIMU dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji 
 untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia 
 yakin andai tiba saatnya nanti,
 aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA
 untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini.
 Terima kasih kerana memberikan JARAK itu 
kepada aku dan dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
copy paste

Rabu, 27 Mac 2013

cinta ibarat menunggu bas...

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas.

Bila bas itu datang, kita tengok bas itu dan kita kata pada diri,"Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, kita katakan pada diri, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Kita pun biarkan bas tu berlalu dan tunggu pula bas yang lain. 

Kemudian, datang pula bas yang kedua. Kita tengok bas itu dan kita akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kita bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini kita kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi kita biarkan bas itu berlalu dan kita bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yang kita sudah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar bahawa kita dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang kita hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah kita dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk kita? Jadi, apa yang kita idamkan itu memang tak salah tapi, tak salah juga kalau kita sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kita dapati “bas” itu tidak sesuai dengan kita, apa yang perlu lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

~~~~~~~~~~~~~~
copy paste

Sabtu, 9 Mac 2013

kausatusatunya...

Oh siapalah diri aku ini
Tanpamu dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku satu-satunya
Padamulah ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa

Kau bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Jumaat, 8 Mac 2013

belajar : alami : hayati

Pernah tertanya kenapa Allah pilih kita untuk berada di mana tempat kita sedang berdiri ini?

Untuk lakukan perkara yang sedang kita lakukan sekarang ini? 

Untuk menjadi salah seorang dari kelompok komuniti ini?

Semua ini dan seangkatannya disatukan menjadi satu perkataan iaitu PELUANG. 

Kerana Allah telah pilih KITA untuk diberikan peluang 

untuk kita BELAJAR, ALAMI dan HAYATI. 

Berhenti mengeluh sayang, guna peluang selagi masih berpeluang

 kata2 utk diri sendiri 

"BELAJAR, ALAMI dan HAYATI"

peluang yang ada. 

(^_^)

Khamis, 7 Mac 2013

Dak ni Anak Melaka...loghat nau

Orang Melaka Cakap Kasau? 

Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?

Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra.

Macam dikatakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak “orang Melaka celop” yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu……

“masuk kandang kambing mengembek”
“masuk kandang rimau kena la mengaummm”

Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

Bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?

Kadang-kadang biasa dengar ayat, “kalau tak kenal maka tak cinta”. Inilah dia. Jika ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu-satu masyarakat, mesti kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah yang digunakan. Contohnya, yang sekarang saya nak cakap berkenaan istilah & bahasa orang Melaka yang selalu mereka gunakan, lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak. Memang alamat riuhla…..

Contoh bahasa & istilah orang Melaka :

1. Kensal : Tuala

2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”

3. Kahau : Cakap kasar

4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….

5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati). 

6. Berboko, barah, cekik : Makan 

7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………

8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).

9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?

10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)

11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.

12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)

13. Gobok : Almari

14. Membongkang : tidur yang amat lena

15. Nau : Loghat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau 

16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)

17. Handau: Kalah @ tewas @ lemah 

18. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?

19. Lopak : Pencil box

20. Beledi : Baldi

Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja sebenarnya. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza. Bagi orang Melaka yang duduk sekitar kawasan SERKAM, Alai, Bachang, Klebang dan Ujung Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya. Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :

” Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !” (Sabar…… tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka)

P/S : Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang Melaka nampak sahaja “kahau”, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka sebenarnya.