Rabu, 21 Disember 2011

SMK Seri Mahkota 1997-2001




Lagu Sekolah

Maju jaya lambang cita kami
Kata pendorong sakti
Menghadapi cabaran dunia
Satu tekad ke muka
Perintah agama ditaati
Hormat tertib berbudi
Berbakti untuk pertiwi
Menjadi prinsip kami
Harapan ayah dan bonda
Tidak kan dipersia
Doa dan Restunya dipinta
Teman ke medan jaya
Sujud diri pada yang Esa
Mohon limpah kurnia
Semangat waja dan berwibawa
Majulah Seri Mahkota



~~~~~~~~~~

1S2
jumpa kawan-kawan baru daripada pelbagai sekolah dan kawan dengan Dila Ali (kenal Dila sewaktu perlawanan bola jaring peringkat kawasan, Dila-GS), Ija Rahim dan Adek Wahab. Dilantik menjadi Ketua Tingkatan, Dila dilantik menjadi Penolong Ketua Tingkatan dan Ija Rahim menjadi Bendahari. Geng kami je yang memonopoli kelas..huhu. Masa ni juga dilantik menjadi Pengawas Percubaan. Guru tingkatan masa ni ialah Cikgu Rosnita. Kawan-kawan lain masa Tingkatan Satu tapi berlainan kelas ialah Ajar (sepupu) dan Murni (kenal Murni pun masa perlawanan bola jaring peringkat kawasan, Murni-GK). Koku yang menjadi pilihan ialah Kelab Teater dan Persatuan Silat sekolah (teruja dapat buat persembahan silat di Muzium Kesultanan Melayu Melaka dan pelbagai acara di sekolah). Mewakili rumah sukan Kuning dalam acara 4x100m dan bola jaring, aktif sukan lagi masa ini...he.

2S1
akhirnya dapat masuk kelas pertama, Dila pun dapat masuk juga. Kami sekelas dengan Ajar dan Murni. (Lina, Dila, Ajar, Murni..best friend forever..hee). Masa ni jadi Pengawas Sekolah, sama dengan Dila dan Hajar, Murni jadi Bendahari kelas. Guru tingkatan masa ni  Cikgu Rosnita. Tukar masuk Kelab Media Massa dan masih aktif dengan Persatuan Silat (paling tak dapat lupa semasa buat persembahan silat depan pelajar dari Jepun yang datang membuat lawatan ke sekolah).. da tak mewakili rumah sukan acara balapan sebab malu da besar katakan... hanya mewakili rumah sukan bola jaring.

2S1- bersama cikgu Rosnita

3S1
Murni da jadi pengawas, ke mana-mana kami berempat..(Girls in Blue-G.I.B, sebab baju pengawas warna biru). Guru tingkatan masa ni Cikgu Zulkifli. Kelas ni cantik, selalu menang pertandingan kelas tercantik..da tak aktif Persatuan Silat sebab selalu tak pergi latihan kerana hujung minggu ada kelas tuisyen. Dak2 kelas ni agak nakal dengan pelbagai ragam..beg2 dan kapal terbang, main sorok2 cikgu dalam almari, curi2 balik kelas tambahan, gambar kilat..huhu. Paling tak dapat dilupakan, ada antara G.I.B kena dijatuhkan talak..huhu, sangat sadis. Tapi bak kata orang, kalau da jodoh tak kemana... jodoh kuat antara G.I.B ni.. da kahwin da pun.heee... Keputusan PMR agak bagus juga..alhamdulillah.

3S1 - bersama cikgu Zul


4Sc1
ada rombakan kelas ikut keputusan PMR, G.I.B da tak sekelas. Ajar masuk kelas lain, yang lagi 3 masih sekelas...tapi kami tetap ke mana-mana bersama, berempat. Aktif dengan NAZAM (sampai dapat pergi UUM) dan juga SKETSA (bertanding hingga peringkat negeri). Guru tingkatan masa ni Cikgu Khairatul Anuar. Mula2 kelas ni penuh, pastu ramai yang pindah masuk sekolah teknik la, MRSM la...kelas ini agak terpencil di hujung sekolah, tapi dekat dengan kantin..so dak2 kelas ni selalu seludup makanan sebelum waktu rehat..huhu..yang best kelas ini ada subjek Sains Pertanian (kami extra 10 subjek), ada aktiviti tanam sayur dan ternak ikan keli..pastu Cikgu Rashid yang masak sayur dan ikan keli, kami hanya makan sahaja.. tak patutkan kami sekelas ni..hee. terima kasih cikgu.

subjek Sains Pertanian - tanam sayur

pertandingan Sketsa peringkat negeri

5Sc1
kelas ni cantik juga dan selalu menang pertandingan kelas tercantik, istimewa kelas ni sebab ada pantri..huhu. boleh buat air teh kalau rasa dahaga..da nak SPM, tak boleh main2 sangat..tapi kadang2 tertuang kelas (jangan tiru aksi ni..huhu) masa subjek BI dan BM (nasib baik dapat A), sebab pergi study Math dan Add Math. Guru tingkatan masa ni Cikgu Soh. Dak kelas ini tak ramai iaitu Dila, Murni, Salmiah, Asima, Nor, Yati, Fadila, Aina, Nadia, Masela, Mazliana, Anisah, Sofia, Nawani, Noraini, Khadijah, Iskandar, Kadri, Naim, Hamdy, Jamil, Iban. Keputusan SPM agak bagus juga..alhamdulillah.

tak cukup korum...
credit to cik atie.

 design belakang baju kelas 5Sc1



p/s: 25.12.11 ni ada reunion di dewan SMKSM..dapat kembali ke sekolah bersama kawan-kawan semula. walaupun sebelum ni ada pergi sekolah tapi lain situasinya dengan anak murid.

2 ulasan:

AdH berkata...

Entri syahdu... teringat balik masa sekolah ;) Ada pantri ek? Dah lupalah.... :D

Ina mengajar ye? Di mana?

Lina Nordin berkata...

ada la..kan kita selalu buat air teh.
yup, rezeki mengajar di Kuching..