Khamis, 29 November 2012

bicara tentang jodoh...

" Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga."

Mungkin kita pernah mendengar pepatah ini.

Apa maksudnya?

Bagaimana dengan pepatah di bawah ini pula?

"Bagai pinang dibelah dua."

Sekarang mari kita amati pepatah yang ini pula.

"Jodoh tidak datang bergolek."

Begitulah, sejak dari dahulu lagi, perihal jodoh tidak pernah habis-habis diperkatakan.

Jika tidak, masakan pepatah itu begitu masyhur.

Saya suka pepatah yang ketiga kerana itulah maksud tersirat daripada buku ini; 

JODOH TIDAK DATANG BERGOLEK.


Kita berbicara hal sebab dan akibat.

Dunia ini Allah jadikan fitrahnya begitu.

Sebab kenyang kerana makan.

Sebab sembuh kerana berubat.

Sebab berduit kerana berjimat.

Sebab baranak kerana berkahwin.

Sebab berkahwin kerana berjodoh.

Sebab berjodoh kerana berusaha.

Rezeki tidak datang bergolek.

Jodoh juga tidak datang bergolek.

Sebagaimana rezeki, jodoh juga perlu diusahakan.

IN SHAA ALLAH

**************************
dipetik daripada buku Berdua Lebih Baik

Selasa, 27 November 2012

bangkitlah...

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

**************


**********************


dituju khas kepada :



yang sedang bertarung dalam


 setelah kalah 0-3 kepada Singa 

pada perlawanan pembukaan

kalah di gelanggang sendiri

jadi...

AYUH BANGKIT HARIMAU MALAYA

pertahankan kejuaraan tahun 2010

jangan biarkan peminat patah seribu denganmu

BANGKIT LAH menentang Laos

 dan seterusnya Indonesia.

layakkan diri ke Semi-Final dan Final

pertahankan kejuaraan di Asia Tenggara



jangan biarkan dirimu dipersenda

daripada HARIMAU kepada KUCING!!!


semoga impian dan harapan saya untuk menyaksikan

 HARIMAU MALAYA 

di Stadium sewaktu perlawanan akhir

dapat ditunaikan dan dimakbulkan.

SEMOGA HARIMAU MALAYA 

 dapat pertahankan kejuaraan.

amin.

Isnin, 26 November 2012

kalau boleh..

dear my beloved family.. 
gitu na cakap omputih

kalau boleh
majlis saya nanti, saya nak buat lebih kurang macam ini
 majlis tiada pelamin, tiada meja makan beradap dan hiasan hebat dalam bilik,
 hanya langsir dan cadar sahaja.

pengantin ambil lauk sendiri,
lauk pengantin sama je macam orang lain,  
tiada daging masak hitam atau udang sanggul.

boleh tak???
fahamilah impian saya ini..

(^_^)

*************************************


pic from fb Bercinta Selepas Nikah

Kepada kedua-dua pengantin serta keluarga dalam gambar ni
tahniah & selamat pengantin baru. 
Berbahagialah & semoga keberkatan ini hingga ke syurga. 

Amin. 

Sabtu, 24 November 2012

tiada dua...

pic from fb Bercinta Selepas Nikah

kerana tiada yang sempurna melainkan Allah SWT
terus bersyukur dan muhasabah diri. 
in shaa allah...
 ditemukan kebahagiaan dan rahmat olehNYA

(^_^)

Jumaat, 23 November 2012

trip to...

akhirnya... 
apa yang telah dirancang untuk bercuti telah dipermudahkan olehNYA.
trip kami terdiri daripada Mak, Kak Lang
 serta anak2 buah iaitu Thariyah, Naeem, Arissa dan Adriana

Alhamdulillah...


perancangan pertama:
jumpa dengan ex-roomate di PKB dulu
Iem >>> roomate semasa semester 2
Baie >>> roomate semasa semester 3 hingga 6

setelah 3 tahun tidak jumpa.
kali terakhir jumpa sewaktu majlis perkahwinan Baie

makan2 di Seoul Garden, JB City Square

terima kasih Baie dan Iem... 
panjang umur kita bertemu lagi.
comel anak sulung Baie ni...

bila lagi giliran Cik Iem n Cik Lina ni??
^
^
^
Semoga Dipermudahkan


perancangan kedua:
trip to Singapore


bersama baby lion.. 
trademark Singapore

Mak dan Naeem taknak bergambar dengan kami... huhu

Arissa :  : Thariyah
 bersama mama lion

tengok bangunan yang ada warna kuning tu..
MAYBANK >>> Harimau Malaya la
bangga jap bangunan Maybank antara tertinggi di Singapore

papa lion tak ada sebab pergi bersuka ria ke Sentosa Island
(tourist guide yang beritahu pada kami tau)

Thariyah :  : Arissa
berlatar belakang Sky Park Marina Bay Sands

Kak Lang : Adriana
berlatar belakang Singapore Esplanade
aka The Big Durian


destinasi asal kami...
sampai lewat jam 2pm 

sebab lewat: 
1. pergi Changi Airport 
(perlu ke?? KLIA lagi cantik kot)

2. lunch di Jalan Arab
(kami yang lurus ni tak pergi makan pun sebab nak kejar masa tapi ada lak orang lain yang boleh pergi shopping...huhu. sabar tahap dewa masa ni..buang masa sungguh)



ntah apa ntah makhluk ni..
peace je la..

perancangan ketiga:

singgah ke Legoland dan Johor Premium Outlet (JPO)


 welcome to Legoland
1st in Asia


 kesesakan manusia di Legoland mengatasi USS
memang sangat sesak

amik gambar di luar je.
tak masuk pun

barang2 yang dibeli di JPO
next time nak pergi JPO lagi
yeah..

kasut sukan untuk Pen.Pengurus Bola Jaring 2013... ayat tak boleh blah

set Body Shop, standby untuk majlis akan datang ...
 Amin

(^_^)


~~~~~~~~~~~~~~

gambar yang ada tarikh dan masa daripada kamera Naeem 

rasa nak pergi USS sebab sikit je permainan yang dapat main.
in shaa allah...
kalo ada rezeki lebih 

nak pergi JPO sebab nak shopping lagi. hee

Selasa, 20 November 2012

doa untukmu...

sejak akhir2 ini, saya selalu teringat ex-bf...mengapa ya??? saya taknak ingat dia lg sebab dia telah menjadi milik orang. tapi bila tengok FB, nampak gambar2 kahwin dan komen2, dia sangat2 bahagia.. alhamdulillah... kini dia sangat berbahagia bersama isterinya.

sebenarnya, mak dan kakak saya berkenan kalau dia jadi dgn saya..tp tiada jodoh antara kami. kami pernah cuba untuk kembali tetapi Allah SWT Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hamba2 NYA. dan akhirnya dia telah menjadi suami orang dan saya masih sendiri lg, masih dalam proses untuk mengenali seseorang <<< doakan saya agar bertemu jodoh dgn seseorang ni ye...

awak..saya doakan awak berbahagia bersama si dia hingga ke syurga. 

****************************


pic from incik google

jodoh itu rahsia ALLAH...
DIA temukan kita dengan kita dengan
orang yang salah pada mulanya,
dan menemukan jodoh yang sesuai
di pengakhirannya...
KENAPA...???
kerana DIA sayangkan kita.

Jangan sesekali kita jauhi DIA.

Ahad, 18 November 2012

aku dia dan ....

Aku Dia dan... 

Tong Sampah.

pernah tengok tak movie ni?? sweet sangat. bagi saya la sebab saya memang suka movie genre camni >>> romantic + sweet... sebenarnya masa movie ni ditayangkan, saya tak dapat tengok... almaklumlah , umah sewa saya kat Kuching tu takde astro, tak dapat nak nak tengok kt tv9.. kat Kuching, tak dapat tv9 kalo takde astro..huuhu. disebabkan kecanggihan teknologi jaman ni. dapat jugak la tengok dan sedut movie.. amekaw..3ari berturut2 tengok movie ni..addicted la plak. sampai skang kalo tengok masih boleh senyum2...hahaha..berangan la tu.

cerita dia tentang Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru. hero dan heroinnya ialah Beto Kusyairi dengan Siti Saleha.

sebenarnya movie ni dihasilkan daripada projek akhir student UiTM dalam bentuk filem pendek dan telah diolah.. tapi ok la cerita ni. patut la jalan cerita dia segar je.. dengan lakonan mantap esp Amir Haikal aka Beto Kusyairi. hee


jalan cerita yang mudah tetapi masih terdapat pengajaran tentang kehidupan dan kasih sayang daripada pada movie ini:


1) org yg malu tak tentu hala, takde keyakinan diri

2) kalau takut nak luahkan pendapat, smpai bila idea nak berkembang

3) nervous tu perasaan, perasaan boleh kawal

4) cinta tu senang, kta yg susahkan

5) jangan cuba ubah diri sendiri untuk org lain, sebab diri kta dah memang sempurna

6) kalau dia betul2 sayang kat kta, dia takkan suruh korbankan impian kta untuk dia


dalam movie ni, Beto ada nyanyi tau..best gak la lagu ni..



yang ni la ost dalam movie ni...leh layan la jgak..



Khamis, 8 November 2012

Tuhan berikan aku cinta...

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


~~~~~~~~~~~~~~~~

 ost Ketika Cinta Bertasbih