Ahad, 17 November 2013

keranamu, taik ayam...

tarikh ari ini membuatkan saya tersenyum sensorang... hahaha. pagi2 da sms incik suami tentang tarikh ari ni dan dia pun ingat akan peristiwa yang berlaku pada tarikh ni tahun lepas. huhu..malu betul bila ingat semula.

sebenarnya, pada tarikh ni saya dan incik suami telah berjumpa buat kali pertama setelah 16 tahun tak jumpa. nama je satu kampung tapi langsung tak berjumpa. tak ada jodoh lagi orang cakap kan.

kaitan tajuk entry dengan tarikh ni ialah sebelum kami keluar untuk sesi suai kenal semula versi zaman dewasa, kami telah pergi undangan majlis perkahwinan kawan saya (kawan saya ini telah meninggal dunia setelah 12 hari majlisnya - SEMOGA ROH ARWAH NORASIKIN DI TEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG YANG BERIMAN. AMIN) saya hanya turun memberikan hadiah dan berjumpa kawan saya sebentar kerana ingin pergi ke destinasi yang lain untuk sesi perkenalan kami.

selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke pekan berhampiran kampung kami atas permintaan incik suami (sebelum jadi suami yang SAH masa ini), saya agak kurang setuju kerana bimbang akan dikenali oleh orang kampung walaupun kedua2 orang tua kami tahu akan tujuan perjumpaan kami ini. saya pun request nak makan mee bandung yang original kt Muar sebab nak g jalan jauh sikit. hee

tiba2 ada suatu bau yang kurang enak yang dihidu oleh kami berdua dalam kereta. rupa2 nye saya telah terpijak taik ayam. adusss....malu sungguh kerana ini perjumpaan pertama kami. saya sangat2 panik+malu+tak tahan bau...super duper busuk. nak buka tingkap tak boleh sebab cuaca hujan..akhirnya incik suami memenangkan saya dan membawa saya pergi ke stesen minyak berhampiran untuk mencuci kotoran aka taik ayam tu... cisss...bikin malu saja. lepas da cuci, kami pun teruskan perjalanan untuk menikmati mee bandung yang dihajati 2. dalam malu2 abis je saya makan mee bandung 2. ape cer nak malu2 time makan kn...be urself. pas makan kami pun balik. 2je peristiwa nye..

tapi kan, ada hikmah daripada peristiwa terpijak taik ayam ni... saya terpikat pada incik suami dengan cara dia memenangkan saya yang tengah panik+malu sebab pijak taik ayam 2. heee.. keranamu taik ayam..cisss



kalo dapat tahu ayam yang mane satu menyebabkan saya terpijak taik nye, memang nahas la...huhu 

Sabtu, 16 November 2013

kepadaMU kumohon...

TUHANku...
Tika aku menempuh saat genting seperti ini
Kesedihan, kekecewaan, keterlukaan, kekeliruan, kecelaruan
Tolonglah usah KAU tinggalkan aku sendirian...
Dalam keadaan sedih... kecuali KAU gembirakanlah
Dalam keadaan kecewa... kecuali KAU rawatkanlah
Dalam keadaan terluka... kecuali KAU sembuhkanlah
Dalam keadaan keliru... kecuali KAU bimbingkanlah
Dalam keadaan celaru... kecuali KAU tenangkanlah

TUHANku...
Rahmatilah kasih sayang kami
Berkatilah jalinan hubungan kami
Ganjarilah kami hidup bersama di syurgaMU
Tiada yang berkuasa melainkanMU
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


kredit to:
"Takluk Hati Pasangan"
Prof Madya Dr. Mohd Nor Mamat

Sabtu, 9 November 2013

ketika kita mengeluh...

Ketika kita mengeluh:
“ Eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab :
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " (78 : 9)

Ketika kita mengeluh :
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab :
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)

Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab :
“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (13 : 28)

Ketika kita mengeluh :
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (99 : 7)

Ketika kita mengeluh :
“ takdak sorang pun yang nak tolong aku..."

ALLAH menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)

Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (9 : 40)

Rabu, 6 November 2013

kisah pengawas spm 2013

salam... sudah lama tak mengemaskini blog ni. sibuk sangat kononnya...almaklumlah sejak berulang-alik Kuching-Batu Pahat-Melaka tiap2 bulan... banyak menuntut pengorbanan masa dan wang ringgit. tapi xpe, asalkan hati puas dapat jumpa yang tersayang. sekarang ini agak boleh bernafas dengan lega sedikit kerana da nak masuk hujung tahun..cuti sekolah yeahh...!!! 

tapi yang xsyok nya tahun ni kena jadi pengawas peperiksaan spm lak..bertugas di SMK Demak Baru, nasib la tak jauh dari rumah. xsampai 10km pun. ni pun dapat idea masa tengah dok terkebil2 tengok budak jawab kertas BM 1 & 2. sesi pagi memang cergas la menjaga, masuk sesi petang tersengguk2 sambil berdiri kt belakang budak..ngantuk sungguh. nasib la xkantoi..huhu.

tengah mengawas budak menjawab dengan penuh berdedikasi tadi, terkenang memori semasa menjawab SPM tahun 2001..hee. masa 2 memang cuak la sebab jadi calon SPM kan, tapi arini pun cuak juga jadi pengawas SPM..ape kes??? huhu. pengalaman pertama jadi pengawas kata kan.

masih ingat lagi angka giliran SPM 2001 iaitu

MCA 106 A 003 

eh...angka giliran PMR 1999 pun ingat lagi


MCA 106 K 003

mau nye xingat sebab nmbor sama 003..hee. untung nama A kan... dok kat depan je.


inshaallah, jika dikurniakan cahaya mata nak letak pangkal nama anak huruf A juga la...heee. sebab senang nak tengok pada senarai nama, cari kat senarai sebelah atas @ pada muka surat pertama. 2la yang dikatakn oleh mak tersayang mengenai nama adik-beradik yang semuanya huruf pangkal A.

eh..lupa pula kepada anak2 buah tersayang, Thariyyah Azman dan Nur Atikah Nabilah Azmi, busu ucapkan 

Semoga Berjaya dalam SPM 2013..buat yang terbaik 




Rabu, 10 Julai 2013

kurma oh kurma


KURMA

Kurma merupakan salah satu makanan yang paling dicari selama bulan puasa baik untuk berbuka puasa maupun sahur, kurma memiliki banyak manfaat untuk menjaga kesihatan tubuh kita selama berpuasa. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Kurma mampu menguatkan sel-sel usus, menurunkan tekanan darah dan memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara langsung kerana ia memiliki kandungan protein dan serat yang tinggi. Kurma mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, dan kalium dalam jumlah cukup banyak. Selain itu, buah ini memuat berbagai zat gizi lainnya, yaitu zat besi, vitamin B1, dan asam nikotinat yang berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit, dan saraf agar tetap sehat dan penting untuk jantung.

Terdapat tidak kurang 1,400 jenis kurma di seluruh dunia, Di Arab Saudi sahaja ada sekitar 400 jenis, belum lagi di Mesir, Iraq, Iran, Tunisia, Pakistan dan California dan tempat lainnya. Antaranya;
Kurma Ajwa, Kurma Anbar, Kurma Aseela, Kurma Burhi, Kurma Dakheni, Kurma Deglet Noor, Kurma Deglet Ubend, Kurma Fankha, Gattara, Kurma Hilali, Kurma Khalas, Kurma Khodry, Kurma Majdoul, Kurma Maktoomi, Kurma Meneifi, Kurma nabtat ali, kurma nobouth saif, kurma nobouth sultan, kurma rushodia, ruthana, ruseiz, safawi, segae, shagra, sheishe, shibibi, sukkari, sullaj, wannana dan kurma al barakah.

Khasiat Buah Kurma

  • Kaya dengan sumber zat besi, potassium, magnesium, sulfur, kalsium selain pelabgai vitamin termasuk asid folik. Baik bagi wanita mengandung.
  • Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.
  • Satu kilo kurma memberikan 3,470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya. Tenaga itu memuaskan selera makan, yang amat penting ketika berpuasa.
  • Memakan kurma juga boleh memudahkan wanita bersalin
  • Vitamin A kurma dapat memperbaiki penglihatan pada waktu malam, kekeringan mata dan penyakit mata.
  • Kurma juga penawar yang baik kepada masalah pening, sakit kepala. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak.

Sumber : shafiqalbu
***copy paste***

Selasa, 9 Julai 2013

ahlan wasalan ya Ramadhan

Ramadhan datang lagi...
semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat kepada semua umat Islam
tiada lagi perbalahan antara umat Islam.

Semoga ibadahku dalam bulan Rahmat ini diterima oleh Allah SWT.
Semoga hubunganku dengan suami, keluarga, saudara-mara akan bertambah erat, mesra...
tidak lupa kepada sahabat-handai, jiran-jiran, rakan sekerja, semoga hubungan sentiasa harmoni

harapan untuk bertemu malam Lailatul Qadar tercapai hendakNYA.



Khamis, 27 Jun 2013

tenanglah duhai hati...

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Benarlah, sesungguhnya tarbiyah Allah itu tidak dapat hanya difikir dengan analogi akal yang waras. Namun perlu diselami dengan hati dan jiwa yang bersih.. Berbekalkan ilmu dan iman yang teguh, yakin dengan janji Allah bahawasanya setiap ujian yang menimpa itu sarat dengan Jutaan hikmah pastilah akan membawa seseorang itu lebih dekat pada Allahul Khaliq.. Menjadikan seorang hamba itu Rindu pada sebening hati yang cinta pada ALLAH…

Tiada keraguan tatkala kalamullah menjadi panduan di kala musibah melanda..

MENYUKAI YANG TIDAK DISUKAI?
surah Al-Baqarah ayat 216.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “

KENAPA AKU DIBERI UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286
Ini bermakna ana masih mampu untuk menanggung beban ini.(^_^)Betapa kasihnya Allah pada hambaNya sehingga Allah tidak akan memberikan seseorang itu bebanan yang diluar kesanggupannya.

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Bolehjadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?|
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… – Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129

Doa-doa yg sering dijadikan sebagai sumber kekuatan:

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil”
Cukuplah Allah bagiku.

“Bismillahitawakkal ‘alallah”
Dengan nama Allah kepadaNya jualah aku bertawakkal.

“Allahumma Yassir Wa la Tu’assir Ya Kareem”
Ya Allah permudahkanlah ,dan janganlah Kau sukarkan, Wahai Maha Mulia.

AMIN...

*copy paste

Isnin, 17 Jun 2013

la tahzan

Awak...
Ya...
 Awak yang tengah baca ni.
Saya tahu, jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang terlukis terang.

Namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.
Tapi saya percaya di sebaliknya..

Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya. Hanya untuk DIA

Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama Pencipta...

Foto


~~ copy paste ~~

Jumaat, 14 Jun 2013

bulan MEI

bulan Mei, mmg byk kisahnya...

Mei 2011- tamat pengajian di UPSI dan latihan mengajar di SMK Seri Mahkota

Mei 2012 - Konvokesyen dan penempatan mengajar

Mei 2013 - tukar status CIK ---> PUAN

Gambar: Syukurilah apa yang Allah 
telah berikan pada mu ~ Bahagia & Membahagiakan

sila like & share ~ Islam Agama Pilihan Ku


~ dok dlm draf benda ni..igt da post...huhu ~

bawalah daku pergi...

Rindu, rindu daku saat ini
Ingin jumpa bertegur sapa
Tiada, tiada rasa lebih indah
Bila engkau tersenyum manja

Bawalah daku pergi
Dari gelisah ini
Bawalah daku pergi
Dari sepi hati ini

Bawalah daku pergi
Setulus hati yang suci
Bawalah daku pergi
Biar mati pun ku jalani

Jauh, jauh terasa di hati
Bila engkau tiada di sini
Syahdu, syahdu ucapan mu kasih
Tunggu jika dikau mengungkap kata


Khamis, 18 April 2013

menangislah sayang...

Apa salahnya menangis, 
jika memang dengan menangis itu 
membuatkan manusia menjadi sedar. 

Sedar akan kelemahan-kelemahan diri, 
disaat tiada lagi yang sanggup menolong dari kesusahan
 selain Allah SWT.

Kesedaran yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat.

Bukankah hati manusia tidak pernah stabil?

Selalu berbolak – balik menurut keadaan yang dilalui.

(T_T)

Rabu, 3 April 2013

Lupakan kisah lalu

Andainya aku bertanya 
Padamu tentang bahagia 
Di mana nilai setia 
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti 
Harapan serupa mimpi 
Ianya dapat terjadi 
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita 
Menjadi lebih dewasa 
Meniti arus angkara 
Lupakan kisah yang lalu 
Teguhkan tugu imanmu 
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu 
Hilangkanlah dari hatimu 
Doaku buatmu kekasih

Ahad, 31 Mac 2013

Jika Aku RINDU...

✿ Rindu? 


PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH:

Ya Allah, aku rindukannya keranaMu Ya Allah,
jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan
aku lupa kepadaMu. 

Aku semakin mengerti,   
JARAK ini bukan untuk menghukumku, 
tetapi JARAK ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji 
 untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji
 untuk MEMPERBAIKI cinta kepadaMU..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji 
 untuk MENCINTAIMU dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji 
 untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia 
 yakin andai tiba saatnya nanti,
 aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA
 untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini.
 Terima kasih kerana memberikan JARAK itu 
kepada aku dan dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
copy paste

Rabu, 27 Mac 2013

cinta ibarat menunggu bas...

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas.

Bila bas itu datang, kita tengok bas itu dan kita kata pada diri,"Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, kita katakan pada diri, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Kita pun biarkan bas tu berlalu dan tunggu pula bas yang lain. 

Kemudian, datang pula bas yang kedua. Kita tengok bas itu dan kita akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kita bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini kita kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi kita biarkan bas itu berlalu dan kita bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yang kita sudah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar bahawa kita dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini kita dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang kita hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah kita dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk kita? Jadi, apa yang kita idamkan itu memang tak salah tapi, tak salah juga kalau kita sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya kita dapati “bas” itu tidak sesuai dengan kita, apa yang perlu lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

~~~~~~~~~~~~~~
copy paste

Sabtu, 9 Mac 2013

kausatusatunya...

Oh siapalah diri aku ini
Tanpamu dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku satu-satunya
Padamulah ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa

Kau bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Jumaat, 8 Mac 2013

belajar : alami : hayati

Pernah tertanya kenapa Allah pilih kita untuk berada di mana tempat kita sedang berdiri ini?

Untuk lakukan perkara yang sedang kita lakukan sekarang ini? 

Untuk menjadi salah seorang dari kelompok komuniti ini?

Semua ini dan seangkatannya disatukan menjadi satu perkataan iaitu PELUANG. 

Kerana Allah telah pilih KITA untuk diberikan peluang 

untuk kita BELAJAR, ALAMI dan HAYATI. 

Berhenti mengeluh sayang, guna peluang selagi masih berpeluang

 kata2 utk diri sendiri 

"BELAJAR, ALAMI dan HAYATI"

peluang yang ada. 

(^_^)

Khamis, 7 Mac 2013

Dak ni Anak Melaka...loghat nau

Orang Melaka Cakap Kasau? 

Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?

Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra.

Macam dikatakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak “orang Melaka celop” yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu……

“masuk kandang kambing mengembek”
“masuk kandang rimau kena la mengaummm”

Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

Bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?

Kadang-kadang biasa dengar ayat, “kalau tak kenal maka tak cinta”. Inilah dia. Jika ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu-satu masyarakat, mesti kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah yang digunakan. Contohnya, yang sekarang saya nak cakap berkenaan istilah & bahasa orang Melaka yang selalu mereka gunakan, lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak. Memang alamat riuhla…..

Contoh bahasa & istilah orang Melaka :

1. Kensal : Tuala

2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”

3. Kahau : Cakap kasar

4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….

5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati). 

6. Berboko, barah, cekik : Makan 

7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………

8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).

9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?

10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)

11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.

12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)

13. Gobok : Almari

14. Membongkang : tidur yang amat lena

15. Nau : Loghat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau 

16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)

17. Handau: Kalah @ tewas @ lemah 

18. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?

19. Lopak : Pencil box

20. Beledi : Baldi

Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja sebenarnya. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza. Bagi orang Melaka yang duduk sekitar kawasan SERKAM, Alai, Bachang, Klebang dan Ujung Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya. Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :

” Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !” (Sabar…… tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka)

P/S : Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang Melaka nampak sahaja “kahau”, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka sebenarnya.

Jumaat, 1 Februari 2013

jangan pergi CINTA...

Aku tak bisa
Menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu
Resah hatiku

Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar
Betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa dari diriku
Menjaga cintamu
Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya

Cintaku tetap di sini
Takkan pernah jauh dari mu

Selasa, 22 Januari 2013

TERJAGA...

Terjaga dari tidur

 tidak sama dengan terjaga dari mimpi. 

Jika terjaga dari tidur, 

kita akan bangun 

dan tidak merasakan sesuatu.

Terjaga dari mimpi,

 kita seakan dikejutkan

 dan diminta bermuhasabah diri.

Andai mimpi itu mimpi buruk,

kita pasti beristighfar 

dan mencari nilainya yang positif.

 Andai terjaga dari mimpi indah

 kita akan bersyukur

dan berharap tidak akan terleka darinya...

(^_^)