Sabtu, 17 Mac 2012

New Castle...here I come

alhamdulillah... hasrat mahu bercuti di New Castle tercapai juga. New Castle?? biau betul..hee. New Castle, Malaysia la >>> Kota Bharu .. terima kasih kepada pihak penaja iaitu En. Azman dan Pn. Nahlah di atas tajaan kos perjalanan (tiket kapal terbang + kereta sewa) dan tempat penginapan. hee..macam pengucapan awam la pula..ayat skema. (^_^) 



 my 1st time fly... i believe i can fly
now everyone can fly

 Subhanallah... cantik sungguh permandangan 

homestay di Cherang, Kota Bharu
sesat semasa pulang pada malam hari..huhu

Kompleks Kastam Rantau Panjang...
Malaysia or Thailand

zon bebas cukai

shopping time... 
kebetulan gaji dah masuk masa ni..haha
makcik kayo!!!

singgah solat di Masjid Beijing, Rantau Panjang 

dari pagi sampai ke malam dok shopping aje

Rantau Panjang > Pengkalan Kubur > Wakaf Che Yeh
sesat bila nak balik ke homestay...

tak cukup korum...
3(0)+3(1)+3(2)

bersama classmate+housemate zaman PKB dulu. 
terima kasih Bee dan Nuyu sebab bawa jalan sampai PKB
redah masuk sampai ke hostel dalam PKB...
sanggup half day kerja dan datang jauh dari Mache naik bas.
 konon2 datang KB taknak susah2kan ko saing2.. 
tapi tak bagitau lagi la menyusahkan saing2
sori deh.


Bee bawa berjalan ke Taman Tengku Anis dan sanggup temankan di airport semasa menunggu family dari PCB. 
panjang umur kita jumpa lagi...

yang nombor tu simbolik untuk 9 orang pelajar perempuan DKE B
3(0) = 3 orang yang masih CIK
3(1) = 3 orang yang bergelar PUAN + 1 anak
3(2) = 3 orang yang bergelar PUAN + 2 anak


 Bandung Arab (Bandung+Milo) <<< peberet drink zaman poly
hanya terdapat di Tmn. Sri Mahang, Kok Lanas 
tolong jangan ciplak resepi air ini..heee

bila flight delay, isi masa terluang dengan bergambar...

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
dulu bergambar dengan kawan2 masa zaman belajar kat luar bangunan je..

 LCCT 
arrived at 0030 150312

###########


masa makan malam hari terakhir sebelum naik flight, hampir2 kami kena tipu harga makanan..tak patut betullah. hati2 ye semasa kira harga makanan tu..harus telus.. makan untuk 8 orang menu kueh tiaw goreng(1), nasi goreng cina (7) dengan air boleh sampai RM78. kira semula hanya RM38. apa pun tak boleh...


###########

  • sepanjang 3H2M di KB, memang tak puas nak berjalan.. nak pergi tempat2 yang pernah pergi dulu memang la tak sempat. nasib la Bee dan Nuyu sanggup nak bawa pergi PKB. 
  • teruja sangat bila da sampai PKB, sampai lupa nak ambil gambar kenangan PKB..rugi betul la. 
  • tak dapat nak makan etok dan tapai ubi goreng... dapat minum air tuak aje
  • jalan2 KB sudah banyak berubah, banyak pembangunan. asyik la sesat aje. almaklumlah, 6 tahun tak jejak sana
  • 2jam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dari Pasir Pekan ke Kota Bharu ketika melalui Jambatan Sultan Yahya Petra berhampiran Tesco Kota Bharu..huhu. sangat sadis sebab menahan kelaparan, nasib la ada biskut 2keping dapat dikongsi bersama.
  • kepada kawan2 lain yang ada kat Kelate (kawan2 PKB dan UPSI), mohon maaf sebab tak dapat jumpa. jika ada masa lagi, insya allah kita akan jumpa.

Tiada ulasan: