Rabu, 11 Januari 2012

Please hire me!!!

Rupa-rupanya sudah 5 bulan saya duduk umah dengan memegang gelaran penganggur terhormat sejak tamat latuhan mengajar bulan 8...huhu. Bila ye agaknya ada rezeki untuk saya bekerja ni.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini. Semangat nak cari kerja ni sudah lama berkobar-kobar lepas raya tapi disebabkan masalah kesihatan yang memaksa saya kerap berulang-alik untuk buat pemeriksaan, maka hasrat untuk mencari kerja itu terpaksa dilupakan.. ye la, mana ada majikan yang nak ambil pekerja yang selalu cuti @ datang lewat sebab masalah kesihatan kan.. Alhamdulillah, sekarang ni da tak terlalu kerap untuk buat pemeriksaan, boleh la cari kerja semula.. tapi dalam di lema pula sama ada nak cari kerja biasa dulu @ nak tunggu panggilan dari JPN untuk jadi guru ganti dan guru interim.. sesi persekolahan sudah nak masuk minggu ke-3 namun masih tiada panggilan yang diterima.. agak cemburu juga pada kawan-kawan dari negeri lain yang sudah tersenarai nama dalam tawaran menjadi guru interim ni. tak apa la..rezeki masing-masing.. 

Segan juga nak keluar rumah bila ramai orang bertanya dapat mengajar mana sekarang ni..huhu. senyum sahaja lah.. (^_^). kalau sebelum ini ada la kerja hantar mak pergi buat terapi tapi mak da buat terapi di rumah. makin boring pula duduk di rumah, asyik makan+tidur+online.. habuk pun tak ada, simpanan di bank pun makin susut nilai sampaikan lappy rosak pun minta mak tolong bayarkan.. huhu. penting nak baiki lappy ni sebab banyak data, gambar-gambar dan yang penting nota serta tugasan masa belaja ada kat dalam lappy tu yang nak kena belaja semula untuk temuduga posting tak lama lagi. insya allah.. 

kalau dalam minggu depan masih tiada berita untuk guru ganti dan guru interim, nekad nak cari kerja..huhu. please hire me!!!!


  • duduk rumah pun ok juga sebab boleh temankan mak.
  • semoga ada hikmah di sebalik yang berlaku.
  • mood nak kembali study dan cari kerja.
  • wish me all the best...

Isnin, 2 Januari 2012

Doa dan Harapan

Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang Tercinta
Gantilah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin ya Rabbal a’lamin


~~~~~~~

 Siapa pendampingku???


Sweet gambar ni kan...???

Isnin, 26 Disember 2011

My Pinky Lappy

aduhai...hujung tahun macam ni pula My Pinky Lappy (MPL) rosak.. da la tak dapat bonus... ahaks. macam orang bekerja pula padahal tak kerja pun..huhu. dulu adapter charger rosak, sekarang ni nak tekan button power pun da tak boleh. sedih nya..MPL da berjasa selama 4tahun, harap-harap boleh lah dibaiki.. tapi nak baiki macam mana, duit pun tak ada. kena mintak dana dari keluarga ini...hee. MPL la tempat saya meluangkan masa layan movie Korea, online dan banyak gambar kenangan dalam MPL.. rasa menyesal pula sebab minggu lepas ada tergerak hati nak transfer benda-benda penting ke dalam external hardisk tapi rasa malas nak buat..huhu. orang tua-tua ada kan ada cakap, jangan buat kerja bertangguh. nasib la ada whity lappy kakteh ni ada..boleh juga online dan layan movie korea..hee

semoga MPL dapat dipulihkan dan semoga ada yang sudi memberi dana untuk membaikinya... (^_^)

MPL, i need you!!!