Sabtu, 29 Oktober 2011

SK Serkam 1991-1996


LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Serkam, sebagai permulaan.
Mendidik kami semua maju dalam pelajaran.
Tetap jadi ingatan bila kami dewasa.
Tak lupa dari ingatan, ingin membuat jasa.

Janji dari kami, akan jadi murid terpuji.
Tidak ingkar kata, usaha maju jaya.

Sekolah Kebangsaan Serkam, ibu kandungan ilmu.
Penuh tunjuk ajar, dengan pimpinan guru,
Usaha belajar selalu bersama kawan teman.
Ilmu tinggi bermutu, pengetahuan suluh budiman.

1Melur
kelas pertama di sekolah. Bertemu ramai kawan-kawan seperti Dayah Othman, Nor, Yati, Nadia, Iskandar, Fadzil, Syuffi...kawan-kawan lain janganlah berkecil hati jika nama kamu tidak disebut ya..kamu semua segar di ingatan..insya Allah...sungguh seronok waktu itu bertemu kamu semua wahai kawan..tidak lupa juga kepada guru kelas Cikgu Norhayati. Kedudukan kelas ni di bangunan belakang sekolah berhampiran dengan sebuah tandas yang menyeramkan ketika itu..tak lama kemudian, tandas itu dirobohkan.


2Melur
kelas ini berada di tingkat 2 blok berhampiran dengan tanah perkuburan. Bertemu dengan Cikgu Fiza, seorang cikgu praktikal yang telah memberi hadiah kerana pencapaian yang baik di subjek yang diajarnya masih kusimpan elok hingga saat ini. Terima kasih ya cikgu.. masa BI, cikgu Karim ajar lagu 'Baba Black Sheep'... masih ingat lagi lirik lagu tu..

 hadiah dari Cikgu Fiza



3Melur
kelas ini terletak di tingkat 3 blok sebelah tanah perkuburan. Jika ada urusan pengebumian, mesti ramai yang lihat di tingkap tepi kelas. Selalunya kawan-kawan perempuan kelas suka main getah di belakang kelas..siap angkat kain lagi tau.haha.. tapi cik lina lagi tak pandai main getah ni, cik lina suka main anak patung kertas, budak lelaki pula main getah pemadam. Kalau waktu time rehat, kami main rebut tiang sampai kotor kasut dibuatnya.. hee


4Melur
Kelas ini berada di tingkat 2 blok sebelah tanah perkuburan.. Masa ini ada buat persembahan untuk perhimpunan lagu "Cook Noodles" dan Lagu Keretapi.. lepas itu mula mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah dengan pasukan koir atas bimbingan Cikgu Hakim dan Cikgu Pang Lin Lin. Kejayaan yang ditempa di peringkat kawasan telah melayakkan ke pertandingan peringkat daerah.. sungguh seronok dengan kejayaan itu. Lagu tema koir kami "Sungai".. ini lirik dia..


Air mu mengalir dari gunung jauh disana..
Jernih dan sejuknya sungguh indah dipandang mata..
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba..
 Tak berhenti-henti hingga samapi di laut nanti..

Masa jua kan berlalu  tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya janganlah leka
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba
Tak berhenti henti hingga sampai dilaut nanti..

Koir SK Serkam 1994
credit to Fadzil


5Melur
kelas ini terletak di tingkat 3 blok sebelah tanah perkuburan. Mula berjinak dengan sukan bola jaring dan masih aktif dengan pasukan koir. Masa ini guru koir sudah bertukar iaitu arwah Cikgu Murni (Al-fatihah), arwah cikgu yang baik. Waktu ini sekolah menjadi tumpuan media kerana insiden yang tidak dapat disangkakan yang berlaku di dalam kelas. Simpati terhadap Cikgu Siah. Ingat lagi masa ada guru praktikum masuk relief kelas, berani keluar ke hadapan kelas untuk menyanyi lagu "Kembali Terjalin".. Malu aje, suara bukan sedap pun tapi sukahati je nak keluar menyanyi..hee. Masa KH, suka sangat sebab Cikgu Latif ajar buat akuarium pakai botol air plastik, boleh hias dan letak ikan laga dalam akuarium itu..

 Persembahan koir pada majlis penyampaian hadiah 1995


6Melati
kelas ini terletak di tingkat 3 blok sebelah tanah perkuburan. kelas yang diwujudkan daripada gabungan pelajar potensi antara kelas Melur dan Mawar. Aktiviti sukan bola jaring masih diteruskan dan ditambah pula dengan sukan bola baling (kedua-dua sukan ini berjaya ke peringkat negeri) malah mula berjinak dengan acara balapan pula (4x100m). Peristiwa ‘Tin Kosong’ masih diingatan..maaf ya kawan-kawan, nakal sungguh waktu itu. Namun begitu, penghujung sekolah rendah amat mendukacitakan kerana keputusan UPSR yang tidak begitu cemerlang..  


Kursus Motivasi UPSR
credit to Fadzil


Baru-baru ini jumpa Cikgu Jefri, guru kelas 6Melati..dia masih kenal lagi anak murid yang nakal ini lagi ya.. Malu nye sebab cikgu yang tegur cik lina dulu..heee. Cik lina segan masa itu tapi cik lina senyum  dan kemudian berbual sebentar..

Tiada ulasan: