Semalam cik lina pergi Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan urine test bersama mak tercinta. Selepas selesai urusan, cik lina temankan pula mak yang tengah menunggu rawatan sambil baca novel.
Tiba-tiba dengar suara hingar-bingar dekat kawasan farmasi dan muncul seorang lelaki dalam usia pertengahan sedang marah dan bertikam lidah dengan seseorang.
Agak tergempar juga, sampai semua doktor keluar dari bilik masing-masing. Lelaki yang mengamuk itu telah merosakkan papan untuk meletak risalah di tepi dinding pameran kesihatan. Pesakit yang duduk di bahagian belakang kawasan menunggu lari menyelamatkan diri.
Agak mendukacitakan kerana tiada sesiapa pun yang berani untuk menenangkan lelaki tersebut...mungkin takut mengambil risiko dicederakan. Tiada pengawal keselamatan yang ditempat di KK, seharusnya perlu ada pengawal keselamatan di situ untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan dijangka akan berlaku.
Lelaki itu pun keluar dari KK sambil menaiki motor (dari bunyi deruman kuat di luar KK). Urusan di KK agak tergendala dalam tempoh 10 minit. Selepas itu, giliran mak pun masuk ke bilik rawatan. Sebab berlakunya peristiwa amuk itu tidak dikenalpasti.
Sekian,
Cik Lina melaporkan untuk blognya...
(^____^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan