Ahad, 18 November 2012

aku dia dan ....

Aku Dia dan... 

Tong Sampah.

pernah tengok tak movie ni?? sweet sangat. bagi saya la sebab saya memang suka movie genre camni >>> romantic + sweet... sebenarnya masa movie ni ditayangkan, saya tak dapat tengok... almaklumlah , umah sewa saya kat Kuching tu takde astro, tak dapat nak nak tengok kt tv9.. kat Kuching, tak dapat tv9 kalo takde astro..huuhu. disebabkan kecanggihan teknologi jaman ni. dapat jugak la tengok dan sedut movie.. amekaw..3ari berturut2 tengok movie ni..addicted la plak. sampai skang kalo tengok masih boleh senyum2...hahaha..berangan la tu.

cerita dia tentang Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru. hero dan heroinnya ialah Beto Kusyairi dengan Siti Saleha.

sebenarnya movie ni dihasilkan daripada projek akhir student UiTM dalam bentuk filem pendek dan telah diolah.. tapi ok la cerita ni. patut la jalan cerita dia segar je.. dengan lakonan mantap esp Amir Haikal aka Beto Kusyairi. hee


jalan cerita yang mudah tetapi masih terdapat pengajaran tentang kehidupan dan kasih sayang daripada pada movie ini:


1) org yg malu tak tentu hala, takde keyakinan diri

2) kalau takut nak luahkan pendapat, smpai bila idea nak berkembang

3) nervous tu perasaan, perasaan boleh kawal

4) cinta tu senang, kta yg susahkan

5) jangan cuba ubah diri sendiri untuk org lain, sebab diri kta dah memang sempurna

6) kalau dia betul2 sayang kat kta, dia takkan suruh korbankan impian kta untuk dia


dalam movie ni, Beto ada nyanyi tau..best gak la lagu ni..



yang ni la ost dalam movie ni...leh layan la jgak..



Khamis, 8 November 2012

Tuhan berikan aku cinta...

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


~~~~~~~~~~~~~~~~

 ost Ketika Cinta Bertasbih

Selasa, 16 Oktober 2012

Asam Pedas Gula Melaka

ni tajuk buku, bukan menu makanan

ingin memiliki buku 'Asam Pedas Gula Melaka' dan 'Gurukah Aku atau...'

 hasil nukilan Pn Hjh. Norbi Husin

pernah jumpa di kedai

 tapi masa itu kewangan tidak mengizinkan

sekarang ini da melepas... sold out.

 harap2 ada rezeki la untuk memiliki kedua2 buku ini nanti

rindu untuk membacanya lagi kerana buku2 ini sangat memberi motivasi.

 

buku ni catatan penulis dari 1st posting smpi menjadi pentadbir sekolah

awesome la ceritanya

baca berulang kali pun x bosan.


buku ni pun sama juga

sangat memberi motivasi apabila saya ada rasa upset

jadi

saya nekad untuk memiliki buku ini dan mencarinya sampi ke lubang cacing
(muat ke nak masuk ke lubang cacing tu..hee)

excoursemate pula beritahu ada pesta buku 19 Disember nanti

kebetulan pula gaji da masuk

borong sakan la nanti.

(^___^)

mood:  sedang lapar untuk membaca