Sabtu, 28 Julai 2012

katakan TIDAK kepada Handphone...

saya secara peribadi membantah cadangan supaya membenarkan pelajar sekolah membawa handphone dan sewaktu dengannya ke sekolah. orang atasan ni tak tetap pendirian la, sekejap benarkan bawa, sekejap tidak benarkan. jangan kerana nak memancing undian, hal2 lain diketepikan.

kalau masa tidak bawa handphone, pelajar tidak dapat beri tumpuan apatah lagi jika dibenarkan bawa. handphone yang asyik berbunyi dan pelajar akan selalu layari internet sahaja. banyak keburukan dari kebaikan membawa handphone ke sekolah.

baru2 ni, pelajar dalam kelas saya membawa handphone. saya telah merampas handphone nya dan menyuruh dia menuntut semula sebelum tamat waktu persekolahan. saya telah beri amaran kepadanya supaya tidak membawa lagi. walaupun sebenarnya saya agak takut untuk merampas handphone pelajar tersebut kerana pelajar tersebut digelar LEGEND oleh rakan2 sekelasnya. betullah kata bijak pandai, kata2 yang lembut dapat melembutkan hati seseorang.

namun, pada keesokkan harinya, pelajar yang lain dalam kelas 2 juga turut membawa handphone, setelah saya mengugut mereka untuk serahkan handphone mereka kepada saya atau menyuruh guru disiplin membuat pemeriksaan ke atas mereka, baru lah mereka menyerahkan handphone kepada saya.. sebanyak 6 buah handphone daripada 5 orang pelajar saya telah menyerahkannya. handphone mereka lagi canggih daripada saya..aduhai, kasihannya saya.<<< janji saya beli handphone guna duit saya sendiri, bukan duit parents..huhu

jadinya kalau tidak benarkan bawa handphone pun mereka telah berani membawanya, apatah lagi jika benarkan. makin banyak la kes2 yang tidak diingini akan berlaku seperti kecurian, memuat turun porno, tidak memberi tumpuan dalam pelajaran.

saya telah bertanyakan kepada pelajar tentang penggunaan telefon awam yang ada di sekolah dan mereka menyatakan bahawa kos penggunaannya mahal..60 sen untuk tempoh masa yang singkat. oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab ke atas telefon awam hendaklah mengurangkan caj penggunaannya kepada pelajar sekolah. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan <<< hayatilah bukan sekadar retorik jak.

Tiada ulasan: