Rabu, 11 Januari 2012

Please hire me!!!

Rupa-rupanya sudah 5 bulan saya duduk umah dengan memegang gelaran penganggur terhormat sejak tamat latuhan mengajar bulan 8...huhu. Bila ye agaknya ada rezeki untuk saya bekerja ni.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini. Semangat nak cari kerja ni sudah lama berkobar-kobar lepas raya tapi disebabkan masalah kesihatan yang memaksa saya kerap berulang-alik untuk buat pemeriksaan, maka hasrat untuk mencari kerja itu terpaksa dilupakan.. ye la, mana ada majikan yang nak ambil pekerja yang selalu cuti @ datang lewat sebab masalah kesihatan kan.. Alhamdulillah, sekarang ni da tak terlalu kerap untuk buat pemeriksaan, boleh la cari kerja semula.. tapi dalam di lema pula sama ada nak cari kerja biasa dulu @ nak tunggu panggilan dari JPN untuk jadi guru ganti dan guru interim.. sesi persekolahan sudah nak masuk minggu ke-3 namun masih tiada panggilan yang diterima.. agak cemburu juga pada kawan-kawan dari negeri lain yang sudah tersenarai nama dalam tawaran menjadi guru interim ni. tak apa la..rezeki masing-masing.. 

Segan juga nak keluar rumah bila ramai orang bertanya dapat mengajar mana sekarang ni..huhu. senyum sahaja lah.. (^_^). kalau sebelum ini ada la kerja hantar mak pergi buat terapi tapi mak da buat terapi di rumah. makin boring pula duduk di rumah, asyik makan+tidur+online.. habuk pun tak ada, simpanan di bank pun makin susut nilai sampaikan lappy rosak pun minta mak tolong bayarkan.. huhu. penting nak baiki lappy ni sebab banyak data, gambar-gambar dan yang penting nota serta tugasan masa belaja ada kat dalam lappy tu yang nak kena belaja semula untuk temuduga posting tak lama lagi. insya allah.. 

kalau dalam minggu depan masih tiada berita untuk guru ganti dan guru interim, nekad nak cari kerja..huhu. please hire me!!!!


  • duduk rumah pun ok juga sebab boleh temankan mak.
  • semoga ada hikmah di sebalik yang berlaku.
  • mood nak kembali study dan cari kerja.
  • wish me all the best...

Tiada ulasan: