Selasa, 22 November 2011

CEMAS + DEBARAN = MENANG!!!

TEAM Malaysia Hebat ..kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU, dan yang penting Team MALAYSIA ada khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola dan MALAYSIA juga ada baddrol BAHTIAR yg sentiasa BERIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ada ONG (Ong Kim Swee)!!!
~ daripada status FB kawan ~


diambil dari Google...

HARIMAU MUDA TERBAIK!!!!!

wah..sana sini rakyat Malaysia cerita tentang bola sepak.. Pasukan Malaysia, Harimau Muda berjaya merangkul ibu segala pingat emas dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia, Garuda Muda..TAHNIAH!!!

cik lina pun tengok juga di rumah kak lang di Desa Pasifik, Ampang yang menonton hanya cik lina, kak lang dan anak saudara (arisa dan adriana).. bang lang (suami kak lang) menonton di kedai.. lebih feel kata nya..

tinggal la orang perempuan je di rumah.. happening jugak la kami menontonnya bersama. kak lang, arisa dan adriana siap pakai baju kuning lagi.. cik lina tak pakai baju kuning sebab sudah pakai masa semi-final lawan dengan Myanmar..belum basuh lagi. heeee. memang kami menjerit cemas ketika beberapa aksi perlawanan  (agak kurang sopan disini kerana rumah bersebelahan dengan surau, nasib la tiada orang di surau masa itu)... tapi kami dapat dengar dahulu sorakan kuat dari kedai berhampiran jika ada aksi mendebarkan dan ketika jaringan gol dibuat.. almaklumlah, siaran astro kan lewat beberapa saat dari siaran biasa.. selepas Malaysia menang, suasana Desa Pasifik sunyi dan dengar la nyanyian kanak-kanak lelaki yang meraikan kemenangan Malaysia itu serta deruman dan bunyi hon motor-motor di Jalan Ampang Risda.. ibarat macam Malaysia memenangi Piala Dunia pula.. heee 

memang perlawanan final MAS vs INA sangat mencemaskan dan mendebarkan.. untuk redakan debaran, cik lina tengok perlawanan ini sambil baca novel.. huhu..orang kata tak dapat merasai dan menonton sepenuhnya.. tapi hakikatnya, cik lina dapat merasainya.. cik lina tak boleh berdebar sangat, takut pengsan nanti, darah tinggi.. lagipun cik lina kena rushing balik Melaka pagi Selasa untuk ke klinik ambil darah. itulah jalan terbaik untuk hilangkan debaran di hati.. heee

aksi perlawanan agak menarik bagi kedua-dua pasukan, itu yang buat cik lina ni berdebar.. rahmat bagi Malaysia kerana dapat mengekalkan pingat emas dalam acara ini.. banyak dugaan bagi pasukan HM ini sepanjang Sukan Sea ke-26 ini.. diejek, lagu Negaraku tidak dihormati, dibooo oleh penyokong fanatik Indonesia dan yang paling best, pasukan kita kena menaiki baracuda, kereta perisai polis (KAU PERNAH??...MALAYSIA AJE TAU...heee) serta arahan keluar padang kepada jurulatih, Ong Kim Swee.. 

semangat yang ditunjukkan oleh para pemain amatlah tinggi... begitu juga dengan penyokong pasukan negara yang bersatu padu menyokongnya.. namun alangkah eloknya para penyokong MALAYSIA ini terus menjaga kesopanan dengan tidak membalas semula kenyataan provokasi dari media dan penyokong pihak lawan.. bukan kerana kita mahu tunduk pada provokasi itu, tapi jika membalas semula bukankah itu akan menampakkan kita mempunyai mentaliti yang sama dengan mereka.. jaga lah adab sopan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun.

lagu ini khas untuk pasukan HARIMAU MUDA..


p/s: agak terkejut juga la bla tengok penyampai berita Buletin Utama pakai jersi Malaysia semasa baca berita.. semangat!! bila agaknya dapat beli baju tu..huhu


Tiada ulasan: