Ahad, 5 Februari 2012

Alangkah indahnya hidup ini...

Salam Maulidur Rasul 1433H



~~~~~~~~~~~~~~


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul'awal yang cerah
Dua puluh April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


~~~~~~~~~~~~~

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu... 





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sabtu, 28 Januari 2012

AJL

esok AJL 26...erm, tak terasa teruja lak nak tengok tahun ni. tahun lepas tak tengok juga sebab demam kat kolej sampai tak boleh bangun. kalau tak, mesti da duduk depan kat bilik tv kolej. nasib tak tengok tahun lepas sebab keputusan pemenang yang tak berapa nak puas hati. harap2 tahun ni jangan la keputusan macam tu juga..kalau jadi macam tu juga lepas ni nak boikot AJL...haha.tak ada efek pun kalau saya yang boikot AJL ni. 

masa kecik2 dulu, memang suka tengok AJL ni..siap rakam pakai VHS lagi..memang lagend ar kalau dapat tengok semula. tapi sekarang mana nak cekau player VHS tu...antara persembahan yang masih ingat masa AJL kan lagu 'Janji Manismu- Aisyah' ~ epik sangat time Aisyah bawa beg lagi tau kat stage, ala2 AF gitu. lagu 'Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu- Ramlah Ram' ~ baju dia ada lampu bentuk hati tapi tak boleh on pula masa tu. 'Madah Berhelah - Ziana Zain' ~ siap kena julang dengan baju merah..persembahan Siti Nurhaliza yang sentiasa superb... macam2 gimik yang dibuat. tahun lepas punya gimik persembahan pun best, walaupun tak tengok secara live kt tv nasib baik boleh tengok kat utube. hehe..suka tengok persembahan Hafiz kena tembak, Faizal Tahir masuk dalam air dan Tomok menari ala2 K-Pop.

papepun, tahun ni tak ada la kputusan yang tak masuk dek akal yang akan keluar. hihi.. hello, juri2 tu semua PROFESIONAL ok. tapi agak ralat juga la lagu Kisah Dongeng- Stacy dan Pokok - MUH ft. Nubhan tak dapat masuk final. lagu biasa2 pula yang banyak lepas ke final. jangan banyak kontroversi pula AJL kali ni...




  • pakaian artis biarlah yang sopan terutamanya perempuan harap tutup lengan dan tidak seksi
  • harap2 lirik dan lagu yang puitis yang menang bukan yang lirik lagu yang simple

Isnin, 16 Januari 2012

insan terpilih..

Alhamdulillah..hari ini lapor diri di SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub, Merlimau. nasib la dekat juga sekolah ni dengan rumah, boleh merempit dengan student la nanti masa nak pergi sekolah.hee.. debaran selama ini sampai tak boleh tidur malam telah terjawab. dengan semangat yang tinggi pergi awal pagi ke JPN dengan kawan-kawan yang lain..0750 sampai sana JPN tapi sudah ramai orang yang menanti. lepas dapat tau sekolah terus lapor diri di sekolah. sampai sekolah rupanya hanya saya seorang je yang lapor diri..hah?? seorang je..aduyai. memang insan terpilih la. tak apa..insya allah, boleh survive kot. huhu... walaupun ada sedikit sirtap hatimaknak. hee.. jenuh nak terangkan apa itu INTERIM kepada semua orang.. rasa nak record suara lepas itu siapa yang tanya tak payah ulang lagi..hee. hari ini tak ada masuk relief class, jadinya lepak di library sahaja.. tak ada masalah kalau jumpa buku memang boleh baca tapi tak ada privacy kat situ sebab nak letak kasut tak ada tempat, nak letak buku2, nak tidur bila tak ada kerja, nak makan bila tak sempat kat kantin.. hihi. tadi pergi makan pun seorang2.. macam kera sumbang pula.. tak apa..hari pertama, banyakkan la senyum macam ni (^_____^) boleh la dapat ramai kawan.. bak kata bob...MESRAAAA...

  • SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAH NYA.
  • THINK +VE.
  • SAYA INSAN TERPILIH!!!